Thursday, July 7, 2011

Retweet #2

SILENCE=Girl's loudest cry. (DamnItsTrue)

New Baby! GF-2

Yay! Yay! Dah dapat. ahah
Dah lama simpan hajat nak beli satu Dslr 
Sebab puashati tgk picture yang cantik
Bila cuci, gambar pun cantik
 
Dan
Dan
Hajat tercapai! yay
Sebab menang beating dengan mama.
Tapi tak ada la menang mana pun (asb still kena potong half sighhh~)
But
Nevamind sbb kalau nak kumpul duit gaji yang baru nak mula ini memang lambatttt la kan. hihi
 
 

Ini la baby baru saya dengan kualiti gambarnya. yumyum.
Tadaaa. inilah rupa nya.
orang kuat dalam mendapatkan baby baru ni. thanks maboh~!
boy gedik.

Gunalah Sunsilk.




aaaaaaaa~
Thanks my dear mama and abah
Love both of u much much. :)

*dalamhatiadasukahati*

FINALLY....Alhamdulillah

Bukan senang nak senang
Bukan susah nak susah
Tapi juga,
Bukan susah nak senang
Hanya perlu sabar dan terus bersabar.

Aku hampir tewas dengan hati jiwa aku sendiri
Aku hampir putus asa dengan usaha aku sendiri
Aku hampir malas hendak mencari dengan diri sendiri

Hampir tiap malam aku berdoa dan merintih
Minta dibukakan pintu rezeki
Dimurahkan rezeki
Permudahkan jalan hidup

Dan...
Akhirnya aku berjaya mendapat rezeki itu
Mungkin ia bukanlah idaman
Bukanlah dambaan hati
Tapi cukup untuk aku menimba pengalaman
Cukup untuk aku merasa duit sendiri
Cukup untuk aku berbakti sedikit kepada mama abah

Nasib bakal bermula pada 11/7/2011
Harap hati aku tabah
Jiwa aku senang
Perasaan aku suka dengan kerja ini

Sekali lagi
Alhamdulillah
Thanks Allah swt.
Never give up to pray and pray
Insyallah apa yang diminta akan dimakbulkan
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
AMIN.




*ayatmalaminisedikitsopan*

Sunday, June 26, 2011

kenapasayasukabelogsaya?

yeah!
title entry yg terpanjang setakat ini.
*tepukbelakangsendiri*

Ok.
Kenapa saya suka belog saya?


Sebab saya lebih suka menulis dari meluah.
-saya tak berani nak f2f dengan someone & luah apa yang mahu. maka saya tulis saja dalam ini.

Sebab saya tulis dari hati saya
-kalau tak ada hati a.k.a tak ada mood, saya tak akan tulis. sebab tu banyak skip menulis. tak ikut rutin.

Sebab saya EGO untuk berkata kata
-ya! saya memang ego. tapi dengan penulisan,ego saya sedikit hilang. =)

Sebab menulis lebih mudah dari mencakap (haha)
-betul tu. cuba tanya directly kat muka saya 'eh,ko kentot eh'..tentu saya jawap 'TIDAK!'...tapi,cuba bagi pen dan kertas, pasti saya tulis 'YA'. lalala.(ini perumpamaan ler)

Sebab menulis lagi best dari membebel
-pasti ramai tak suka perempuan membebel kan? tapi kalau bebelan itu dijadikan karangan yang panjang,korang boleh baca pada bila-bila masa korang free. haa!



lagi...urmmm. CUKUP!


Pendek kata, saya bukan seorang yang pandai meluahkan perasaan dengan suara walaupun suara saya lantang.......tapi saya lebih gemar menulis agar penulisan itu dikongsi bersama. hurm.hurm.



oh! satu lagi, selain suka menulis, saya suka menunjuk perasaan saya melalui perbuatan. haha. paham paham la sapa yang nak paham tu.



babai.



*sayaSUKAtulis*

Years From Now

Years From Now
Or
Tahun tahun akan datang (lebih kurang la)

Dah fikir apa yang korang nak jadi?
Masih hidupkah kita?
Sempat ke nak capai cita-cita?
Sempat ke nak rasa nikmat kahwin(haish asyik kahwin je ko ni.Gatal.haha)?
Sempat berjasa pada mak abah negara jiran sedara diri sendiri?

Just nak share.

Aku tengah gila lagu Aizat ni. Macam kena dgn jiwa. Lirik dan arrangement lagu dia tu. haa tu dia.
lagi-lagi part 'what will i be years from now...i have answered them but none have answered me...'
haa. part tu macam kasi meremang bulu roma. aku pun tak tahu lah kenapa dgn bulu roma aku ni. 


Maka aku nak share bersama sama.


Haaa. Dap tak Dap tak? Dap kannnnn. 
Tak sedap pun kata je sedap sebab memang sedap.


OK. korang kasi dengar dan amati dulu ye.


*akuSUKAlaguini*


lalala.bye.salam.

SUKA SUKA

Suka
Apa itu Suka?
Ini antara contoh S.U.K.A
>
>
Suka Suka Kau je..
Suka Suki Je Kan..
Suka Hati Aku la..
Suka Kau la..
Aku Suka Gila la..
Kau Suka Tak..
Aku Tak Suka la..

Haaa. S U K A... dan tentu lain dari D U K A kan..
macam macam cara kita boleh mengekspresikan perasaan SUKA ni.

Pada cerita aku, aku sekarang :

SUKA tgk org baru kahwin. Macam manisss je (sbb kwn-kwn ramai kawin & nak kawin. pewiit)
SUKA tgk kwn kwn makin berjaya.Alhamdulillah,rezeki korang murah sangat :)
SUKA tgk gadis dilayan baik oleh lelakinya. shweet okeh.
SUKA gak tgk lelaki dilayan baik oleh gadisnya. Manja la kira. =)
SUKA tgk kiki (kucing aku) guling-guling atas lantai bila dgr suara aku dari jauh. kikiki
SUKA bila dapat call untuk interview. (bila la nak dapat.haish sabar ok!)
SUKA tgk kwn-kwn happy dgn kwn-kwn diorang. :D
SUKA baca tweet dan status orang-orang yang manis. terutama pasangan tunang Shera Aiyob n Zahiril ! sweeeet gila. *cubitpipidorang*
SUKA SUKA sebab aku SUKA gila.

OK. Hope korang pun SUKA baca belog aku yang banyak potpetpotpet ni. hikss.

akuSUKAkorang.


salam.bye

Friday, June 24, 2011

Adore !

Garden Concept 

Berpeluh ketiak dahi
Terbeliak mata
Ternganga mulut
Haa. Itulah ekspresi pertama saya ketika melihat pelamin ini.
CANTIK GILA!
Cun habis
Sejuk mata memandang.
HAHA

Punyalah excited.

Tambah excited bila tengok meja makan pengantin pun sama lebih kurang macam ini.
Memang superb la pilihan kedai pengantin mak saudara saya ini.
Terus di simpan kad tuan kedai.
Untuk masa depan juga kan. 
hihi

Ok. Saja je nak share dengan kalian.
Sebab dok belek belek gambar dalam phone, tiba-tiba perasaan teruja datang balik bila tgk pelamin ni.
Sejuk mata mak nak.
heh.

Tapi untuk saya, masanya belum tiba.
Mungkin 2tahun. Mungkin lebih. Entah. Tak berani nak cakap.
Maka, tutup mulut diam. Mata kelip kelip.
ngeh.


Dah dah.
Nak ushar picture lain yang bakal di kongsi pula.
hihi



Salam.




p/s: hurm, nak tema warna warni buleh?

Lagu Jiwa