Showing posts with label Karutan Carutan. Show all posts
Showing posts with label Karutan Carutan. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

SUKA SUKA

Suka
Apa itu Suka?
Ini antara contoh S.U.K.A
>
>
Suka Suka Kau je..
Suka Suki Je Kan..
Suka Hati Aku la..
Suka Kau la..
Aku Suka Gila la..
Kau Suka Tak..
Aku Tak Suka la..

Haaa. S U K A... dan tentu lain dari D U K A kan..
macam macam cara kita boleh mengekspresikan perasaan SUKA ni.

Pada cerita aku, aku sekarang :

SUKA tgk org baru kahwin. Macam manisss je (sbb kwn-kwn ramai kawin & nak kawin. pewiit)
SUKA tgk kwn kwn makin berjaya.Alhamdulillah,rezeki korang murah sangat :)
SUKA tgk gadis dilayan baik oleh lelakinya. shweet okeh.
SUKA gak tgk lelaki dilayan baik oleh gadisnya. Manja la kira. =)
SUKA tgk kiki (kucing aku) guling-guling atas lantai bila dgr suara aku dari jauh. kikiki
SUKA bila dapat call untuk interview. (bila la nak dapat.haish sabar ok!)
SUKA tgk kwn-kwn happy dgn kwn-kwn diorang. :D
SUKA baca tweet dan status orang-orang yang manis. terutama pasangan tunang Shera Aiyob n Zahiril ! sweeeet gila. *cubitpipidorang*
SUKA SUKA sebab aku SUKA gila.

OK. Hope korang pun SUKA baca belog aku yang banyak potpetpotpet ni. hikss.

akuSUKAkorang.


salam.bye

Monday, June 13, 2011

.Tentang Hati.

Hati
Perasaan
Jiwa
1 rasa yang sama.
Bila satu rasa gembira, semua rasa gembira
Bila satu rasa sedih, semua rasa sedih

Sekarang perasaan keliru, gelisah dan sebak lebih menguasai diri
Nak kata gembira, kadang-kadang ia datang dan pergi
Tapi lebih ke rasa yang tidak aku mahu. sighh ~

Bila rasa ini nak pergi blah blah blah?
Insyallah satu hari nanti.
Aku akan tunggu dengan tenang (tak berapa nak tenang la)




Sekian.

Thursday, April 28, 2011

Cantik ke Chantek?

Haaaa. dua-dua sama meaning. ejaan je lain. saja nak bawa entry yang lepas. ehehe.


ok, serius. Cantik itu apa? Subjektif right? Ada objektif x? hahh tipoo lagi.


Bagi aku, cantik itu 'luassss' maksudnya. Luas macamana? Luas seluas luasnya la. 
Sebab ada orang anggap cantik itu bila dia mempunyai ;
kulit yang licin bersih mulus gebu, 
hidung yang mancung, 
bibir yang mungil merah, 
mata yang besar bundar seksi, 
bulu mata yang lentik, 
rambut yang panjang ikal mayang,
body yang mantop, solid, slim
dress up yg uptodate
dan.........sayangnya semua itu aku tak ada pun! but aku still cantikkkk what. (lalalaa. k fine! aku perasan.)


bagi aku pula, cantik ini akan jadi lebih cantik bila orang tu punyai hati, attitude dan keperibadian yang sangat sangat cantik. terserlah kat wajah. biarlah kulit kurang cerah pun, tapi wajah terus nampak bercahaya. haa. nampak? tak guna kau cantik tapi perangai kau hodoh. setuju tak? mesti lah kan.


itu pada pandangan aku la...pandangan korg mcmn?
haa. ni aku nak share pandangan seorang jejaka lak yang aku kenal kat youtube.



lihat,dengar dan ketawakan ini. kelakor! hi hi hi




Haaa. apa macam? dah tukar definisi cantik anda? heee.


ramai peminat tak bermakna kau cantik.
ramai kawan tak bermaksud kau hot.
ramai musuh tak semestinya kau jahat.


pelikkan hidup ini. tak apalah, inilah dinamakan dugaan dan cobaan untuk hidup.


apa-apa pun, jaga kebersihan hati dan diri. baru kita dipandang cantik. ouchh~






cantik.tak.entry.kita.kali.ini? he he he


.muahmuah.

Wednesday, April 20, 2011

Rugi Kalau Tak Hargai.

Bila malam je ilham datang. ilham datang je bila malam.tskk.

Selalu kita dengar "hargai masa", "enjoy life", "bersyukur dgn apa kita ada". 
semua ada maksud tersirat. di keluar dari mulut, ambil dan proses dalam otak, mudah-mudahan dengan izin keluar la apa yang tersirat.

Tapi ! 
Sayangnya. ramai tak hargai. dah hilang baru meraba, menangis, menyesal. dah tak guna kan. betul-betul tak guna.

Rugi kalau kita tak hargai :

-ibu bapa kita yang masih hidup. 
bila dah tak ada, menyesal tak berbakti semasa mereka masih hidup. iya, betul. kekadang kita ada ter 'ahhh' 'uhhh' 'ehh'. tapi kalau bole kurangkanlah. sebab kalau gopren boipren hilang boleh ganti, tapi mak abah bila dah xda?? mana nak cari ganti?? tak ada dah.

-sahabat yang sedia ada. 
susah nak cari kawan sahabat yang sedia ada. boleh masuk kepala kita. standard la gaduh kecil-kecilan. mana boleh BFF without any conflicts. tipoo lah! but, mana yang ada tu, hargailah. yang baru takkan sama dengan yang lama. yang lama, akan kekal lama.

-beloved one.
bukan semua sayang kita. bukan semua boleh terima baik buruk kita. sementara ada yang sudi, appreciate 'he/she'. jangan bila dah tak ada, baru melopongggg. terima baik buruk orang lain baru orang terima baik buruk kita.
-Anugerah dari-Nya
Alhamdulillah dengan apa yang diberikan. anggota badan yang sempurna. ada otak akal fikiran. sihat tubuh badan. rezeki yang diberikan even sedikit or banyak sangat-sangat. orang-orang yang tercipta untuk kita. nafas yang masih panjang. 'cinta' yang melimpah ruah. dan SEMUA nyaaaa! syukur alhamdulillah. jangan dikeji dan mengeji orang lain. sebab itu semua ciptaan-Nya. kita ini pun hanyalah sekadar pinjaman. jangan semua nikmat dah di tarik baru nak menanges.

-MASA
yaa. masa itu sangat penting. untuk tunggu drama Asmara jam 9pm nanti, kita boleh siap lipat baju yang berkumpul dalam bakul, cuci pinggan mangkuk siap kemas lagi supaya esok pagi tak kena bebel dengan mak dan macam-macam lagi. Dari kita tungguuuuuuu dengan pop corn depan tv tanpa buat apa-apa. hehe. yala, kekadang kita penat, itu tak kisah. sebab siang kerja. tapi bagi penganggur educated cam aku ni, rugi laa kan, hehe. 

MALAS = GEMUK
ohh jangan malas Nas untuk ikut arahan mama buat kerja rumah. pakej datang dengan exercise ok!

Orang sekeliling buat aku terfikir, terlintas, tercuit dalam hati. 'Kenapalah dia ni', 'apa mendalah dia ni'.
kutuk sana sini dalam status, dlm belog, macam diri CUKUP BAGUS. iya, memang itu privasi masing-masing. ni pun belog aku, suka aku la kan. tapi tak cukup privasi la awak, kalau awak tulis kat status tu and semua friend list awak boleh baca. 

Orang yang perlu di hargai itu, hargailah betul-betul. bukannya hargai or terhegeh ke orang yang tak pernah hargai kita. tolong fikir fikir dan fikir. 

Kalau berjanji, buat betul-betul. jangan sampai orang meluat tak percaya cakap kau dah.
Kalau berkawan, kawan betul-betul. bukan jadi pelepas masa luang lapang kau je.
Kalau buat kerja, buat betul-betul. kasi siap setel semua baru boleh relax.
Kalau berkasih, kasih betul-betul. Jangan nak pilih-pilih kasih.
Kalau boleh, aku nak tulis banyakkk lagi. tapi tanak lah.

OK, ini general. aku tulis secara rambang rawak dan ikut rasa hati aku. apa aku baca, lihat, paham, dengar, fikir. tapi ada kena mengena dengan diri aku sendiri. aku menulis ini bukan nak mengata, tapi sebab kasih dengan semua dan diri sendiri. ingat mengingati. (^^,
kalau ada terasa, bagus. ubah diri jadi lebih baik. hargai hargai dan hargai.jangan dah hilang, baru merangkak meraba cari pengganti. dah terlambat.



**aku kalau boleh nak hargai masa muda dengan vacation, tengok dunia luar, buat semua benda yang di luar jangkaan aku sndiri. beyond my limits. nak belajar macam-macam. tapi sayangnya kewangan masih tak stabil. terhad untuk memenuhi kehendak diri. hurmm. shedih kan. zaman sekarang zaman gila duit! gila kau kalau tak ada duit?

Tuesday, March 15, 2011

Dan Bila Rasa Itu.....

Bila rasa itu datang...
Bila rasa itu mengganggu...
Bila rasa itu tak di undang...
Bila rasa itu tak mahu pergi...
Sakit dan perit nak simpan...
Tak tahu nak luah dimana, kemana dan kepada siapa...

Rasa ini bukanlah rasa jiwang..
Tapi rasa ini adalah rahsia hati..
Rahsia yang sukar dilafazkan..
Rahsia yang sukar digambarkan..
Kerana ia hadir tiba-tiba..

Rasa itu mungkin rasa manis, masin, pahit..
Tapi ia tetap punya rasa..

Apakah rasa itu? 
Hah..Semua orang akan rasa...

Apa yang aku rasa?
Oh..biarlah ia menjadi rahsia aku..
Sebab dalam manis rasa ini, pahit juga aku rasa..

Pengalaman dan kenangan dalam jurnal kehidupan buatkan rasa ini datang tanpa diundang...

Rasa ini akan datang bila kita berjauhan,
Bila kita kehilangan,
Bila kita keseorangan,
Bila kita kesepian.......

Hargai dan penuhilah hari-hari yang mendatang dengan rasa-rasa manis...
Kerana ia tak mungkin datang kembali...serius! 

Bila rasa ini akan hilang?
Bila masa berlalu, bila waktu berdetik...

Ahhh. jgn salah faham. sekali lagi, ini bukan rasa jiwang semata-mata...



Enjoicee! Dunia semakin huru hara. Amal jgn lupa.


**Miss my dear friendssss !

Sunday, November 21, 2010

.Happy happy Happy.

Aku Happy kalau kawan kawan aku Happy
Diorang Happy tgk aku Happy
Aku pun Happy bila kawan2 Happy tgk aku Happy

aku Happy kau Happy
Kau kata kau Happy tgk dorang Happy
Betul ke?

kalau betul, aku Happy bila kau Happy dengan kawan2 aku Happy.

Happy Happy,,yang penting kita HAPPY! 

ahah.




mode lalut sudah mari.
LAriiiii!

Wednesday, November 10, 2010

Thanks...But No Thanks...Because Enough With Your Thanks...

Tired...But Still Got Energy...Because Drink Energy Water...

Hate...But Love...Because I Hate The Way You Love Me...

Family...Friends...Why Change?..Because People Change 

Life..Suck?..Not Really..You Make It Suck..

Alone?..No, You Are Not..Because Someone Always With You..


..Karutan jiwa di malam yang dingin..

Lagu Jiwa