Wednesday, April 20, 2011

Rugi Kalau Tak Hargai.

Bila malam je ilham datang. ilham datang je bila malam.tskk.

Selalu kita dengar "hargai masa", "enjoy life", "bersyukur dgn apa kita ada". 
semua ada maksud tersirat. di keluar dari mulut, ambil dan proses dalam otak, mudah-mudahan dengan izin keluar la apa yang tersirat.

Tapi ! 
Sayangnya. ramai tak hargai. dah hilang baru meraba, menangis, menyesal. dah tak guna kan. betul-betul tak guna.

Rugi kalau kita tak hargai :

-ibu bapa kita yang masih hidup. 
bila dah tak ada, menyesal tak berbakti semasa mereka masih hidup. iya, betul. kekadang kita ada ter 'ahhh' 'uhhh' 'ehh'. tapi kalau bole kurangkanlah. sebab kalau gopren boipren hilang boleh ganti, tapi mak abah bila dah xda?? mana nak cari ganti?? tak ada dah.

-sahabat yang sedia ada. 
susah nak cari kawan sahabat yang sedia ada. boleh masuk kepala kita. standard la gaduh kecil-kecilan. mana boleh BFF without any conflicts. tipoo lah! but, mana yang ada tu, hargailah. yang baru takkan sama dengan yang lama. yang lama, akan kekal lama.

-beloved one.
bukan semua sayang kita. bukan semua boleh terima baik buruk kita. sementara ada yang sudi, appreciate 'he/she'. jangan bila dah tak ada, baru melopongggg. terima baik buruk orang lain baru orang terima baik buruk kita.
-Anugerah dari-Nya
Alhamdulillah dengan apa yang diberikan. anggota badan yang sempurna. ada otak akal fikiran. sihat tubuh badan. rezeki yang diberikan even sedikit or banyak sangat-sangat. orang-orang yang tercipta untuk kita. nafas yang masih panjang. 'cinta' yang melimpah ruah. dan SEMUA nyaaaa! syukur alhamdulillah. jangan dikeji dan mengeji orang lain. sebab itu semua ciptaan-Nya. kita ini pun hanyalah sekadar pinjaman. jangan semua nikmat dah di tarik baru nak menanges.

-MASA
yaa. masa itu sangat penting. untuk tunggu drama Asmara jam 9pm nanti, kita boleh siap lipat baju yang berkumpul dalam bakul, cuci pinggan mangkuk siap kemas lagi supaya esok pagi tak kena bebel dengan mak dan macam-macam lagi. Dari kita tungguuuuuuu dengan pop corn depan tv tanpa buat apa-apa. hehe. yala, kekadang kita penat, itu tak kisah. sebab siang kerja. tapi bagi penganggur educated cam aku ni, rugi laa kan, hehe. 

MALAS = GEMUK
ohh jangan malas Nas untuk ikut arahan mama buat kerja rumah. pakej datang dengan exercise ok!

Orang sekeliling buat aku terfikir, terlintas, tercuit dalam hati. 'Kenapalah dia ni', 'apa mendalah dia ni'.
kutuk sana sini dalam status, dlm belog, macam diri CUKUP BAGUS. iya, memang itu privasi masing-masing. ni pun belog aku, suka aku la kan. tapi tak cukup privasi la awak, kalau awak tulis kat status tu and semua friend list awak boleh baca. 

Orang yang perlu di hargai itu, hargailah betul-betul. bukannya hargai or terhegeh ke orang yang tak pernah hargai kita. tolong fikir fikir dan fikir. 

Kalau berjanji, buat betul-betul. jangan sampai orang meluat tak percaya cakap kau dah.
Kalau berkawan, kawan betul-betul. bukan jadi pelepas masa luang lapang kau je.
Kalau buat kerja, buat betul-betul. kasi siap setel semua baru boleh relax.
Kalau berkasih, kasih betul-betul. Jangan nak pilih-pilih kasih.
Kalau boleh, aku nak tulis banyakkk lagi. tapi tanak lah.

OK, ini general. aku tulis secara rambang rawak dan ikut rasa hati aku. apa aku baca, lihat, paham, dengar, fikir. tapi ada kena mengena dengan diri aku sendiri. aku menulis ini bukan nak mengata, tapi sebab kasih dengan semua dan diri sendiri. ingat mengingati. (^^,
kalau ada terasa, bagus. ubah diri jadi lebih baik. hargai hargai dan hargai.jangan dah hilang, baru merangkak meraba cari pengganti. dah terlambat.



**aku kalau boleh nak hargai masa muda dengan vacation, tengok dunia luar, buat semua benda yang di luar jangkaan aku sndiri. beyond my limits. nak belajar macam-macam. tapi sayangnya kewangan masih tak stabil. terhad untuk memenuhi kehendak diri. hurmm. shedih kan. zaman sekarang zaman gila duit! gila kau kalau tak ada duit?

No comments:

Post a Comment

Lagu Jiwa