Tuesday, March 15, 2011

Dan Bila Rasa Itu.....

Bila rasa itu datang...
Bila rasa itu mengganggu...
Bila rasa itu tak di undang...
Bila rasa itu tak mahu pergi...
Sakit dan perit nak simpan...
Tak tahu nak luah dimana, kemana dan kepada siapa...

Rasa ini bukanlah rasa jiwang..
Tapi rasa ini adalah rahsia hati..
Rahsia yang sukar dilafazkan..
Rahsia yang sukar digambarkan..
Kerana ia hadir tiba-tiba..

Rasa itu mungkin rasa manis, masin, pahit..
Tapi ia tetap punya rasa..

Apakah rasa itu? 
Hah..Semua orang akan rasa...

Apa yang aku rasa?
Oh..biarlah ia menjadi rahsia aku..
Sebab dalam manis rasa ini, pahit juga aku rasa..

Pengalaman dan kenangan dalam jurnal kehidupan buatkan rasa ini datang tanpa diundang...

Rasa ini akan datang bila kita berjauhan,
Bila kita kehilangan,
Bila kita keseorangan,
Bila kita kesepian.......

Hargai dan penuhilah hari-hari yang mendatang dengan rasa-rasa manis...
Kerana ia tak mungkin datang kembali...serius! 

Bila rasa ini akan hilang?
Bila masa berlalu, bila waktu berdetik...

Ahhh. jgn salah faham. sekali lagi, ini bukan rasa jiwang semata-mata...



Enjoicee! Dunia semakin huru hara. Amal jgn lupa.


**Miss my dear friendssss !

No comments:

Post a Comment

Lagu Jiwa