Friday, March 11, 2011

Diet ikut Darah

Assalamualaikum wbt.....
Entry kali ini saya dapat ilham bila saya baca majalah NONA keluaran Oktober 2010. haha. tak kisah lah dah lama pun sbb info ini sangaaaaat berguna untuk kaum Hawa (terutamanya) yang agak "takut" berdiri di atas penimbang. huihh. kalau bole tanak bagi org tgk langsung. timbang sorg-sorg tak pe (saya lah tu).

OK, Mengikut artikel ni dan juga pakar 'naturopath', adalah lebih bagus & mujarab jika kita berdiet mengikut jenis darah masing-masing sbb setiap individu mempunyai tindak balas yg berbeza terhadap mknn yang diambil. Amalan diet yg tak sesuai dgn golongan darah bukan saja akan gagal, malah mampu mengakibatkan pelbagai komplikasi -ve spt pengumpulan sel darah merah dsb. (amekkaw...ayat buku habiss!)

So, sebelum teruskan pembacaan anda, silalah kenalpasti dulu jenis darah anda ye. Ye, saya tau semua orang darah 'merah' (ahah) tp kenal pasti samada anda golongan darah A,B,AB dan O. ok? baikk. saya teruskan membebel lg. Bagi manusia yang dari golongan darah.......;

A !
Mesti Amal
-Diet vegetarian
-Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan

Kena Kontrol !
-makanan berasaskan haiwan spt ayam dan ikan
-susu spt krim tanpa lemak dan keju
-kekacang atau bijirin spt soya

Tips
-ind. dari golongan darah ini mudah mengalami masalah perut (sistem pencernaan yg sensitif)
-menghasilkan kandungan lendir yg lebih banyak berbanding jenis darah lain
-risiko dapat alahan, asma, infeksi telinga dan gangguan saluran pernafasan.
-hindari makanan yg berasaskan susu dan daging
-ambil makanan yg mengandungi karbohidrat yg tinggi, tapi rendah lemak

Menu Diet Yg Disyorkan
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek : Jus anggur atau kopi
Tengahari : Salad+sekeping roti gandum dan teh herba
Snek : 2 potong kuih beras dan teh hijau
Malam : Pasta tanpa daging bercampur brokoli, yogurt dan teh herba


B !
Mesti Amal
-Mengambil banyak sayur-sayuran hijau yg kaya kandungan magnesium
-daging lembu, arnab, ikan laut
-semua produk susu kecuali blue cheese dan aiskrim
-telur ayam organik dan ayam kampung
-minyak zaitun
-beras merah, beras putih
-buah buahan

Kena Kontrol !
-ayam, ketam, udang, kerang
-telur puyuh, telur itik
-minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya
-santan, soya, kacang tanah
-biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistachio
-tauhu, tempe, kacang merah
-makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut
-jagung, lobak dan tomato

Tips
-terdedah kpd jangkitan penyakit yang berkaitan dgn imunisasi dan serangan virus.
-amalkan diet dgn pelbagai jenis variasi mknn tapi perlu hadkan pengambilan daging
-dinasihatkan utk mengambil mknn dan minuman berasaskan susu utk meningkatkan sistem imunisasi badan
-aktvt senaman yg sesuai ;berenang, berlari dan berjalan kaki

Menu Diet Yg Disyorkan
Sarapan : Bijirin+pisang bersama segelas susu tanpa lemak
Snek : Jus anggur
Tengahari : Sepotong dada ayam+2 keping roti+salad dan teh herba
Snek : Jus limau atau yogurt dan teh herba
Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba.


AB !
Mesti Amal
-pola pemakanan dari gabungan pemilik darah jenis A dan B
-makanan laut
-semua jenis telur (kecuali telur itik)
-susu fermentasi ( melalui proses penapaian)
-minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, dan kacang tanah
-semua jenis sayur kecuali jagung, tauge dan cendawan
-semua jenis buah-buahan kecuali jeruk

Kena Kontrol !
-daging lembu, udang dan ikan laut
-susu dan semua produk susu serta daging yg diproses
-makanan berasaskan gandum spt roti, kek, kuih-muih dan pasta
-kekacang (kuantiti yg sedikit)
Tips
-berisiko utk dijangkiti penyakit sinus, infeksi telinga dan gangguan saluran pernafasan
-memiliki sistem pencernaan yg sensitif
-digalakkan utk ambil makanan dlm kuantiti yg sedikit tapi kerap

Menu Diet Yg Disyorkan
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, dua keping roti+sepotong keju
Snek : Yogurt
Tengahari : Empat hirisan dada ayam, salad, 2biji buah plum + teh herba
Snek : Kek keju dan Teh herba
Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


O !
Mesti Amal 
-makanan yg mengandungi kadar protein yang tinggi dan rendah karbohidrat
-ikan atau daging (kecuali daging yang diproses)
-sayur-sayuran yang banyak
-telur dan kacang tapi elakkan semua produk susu dan gandum

Kena Kontrol !
-pengambilan buah-buahan
-elak semua jenis bijirin, pasta dan nasi
-elak sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan dan kentang
-tidak perlukan telur, susu, gandum dan kekacang krn telah mendapat khasiat dari sumber daging
-jauhi makanan berjeruk

Tips
-makanan berjeruk hanya akan menyebabkan keracunan pada usus anda
-memiliki sistem imunisasi yg tinggi berbanding yang lain
-mudah adaptasi pelbagai makanan
-jika makanan yang diambil tidak bersesuaian, mereka berisiko utk menghidap radang dan kerosakan organ spt arthritis.

Menu Diet Yg Disyorkan
Sarapan : 2 keping roti bakar bersalut mentega + sebiji pisang
Snek : Teh herba
Tengahari : Sepotong daging panggang, salad bayam + epal
Snek : Sepotong kuih
Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yg direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


Orite ! penat dah menaip, Harap ia sedikit sebanyak memberi ilmu kepada anda untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan memiliki tubuh badan yang slim dan solid seperti Demi Moore dan Cheryl Cole kerana mereka antara selebriti yang mengamalkan diet ini.

Jangang lupa amalkan tau ! (cakap untuk diri sendiri)
Hopefully it will bring something marvelous, fantastic, awesome for our body and health. (kalau rajin nak amalkan lah kannn)

Enjoiceee !

lovelove

kredit to Majalah NONA ;)

No comments:

Post a Comment

Lagu Jiwa