Showing posts with label Kawan Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan Kawan. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Sayang Kinabalu.

Morning Peeps ~
Morning ku bertambah lengkap bila buka lagu Sayang Kinabalu ini
HAHA

Ok, penulis bukanlah orang Sabah, apatah lagi orang Kinabalu
Tapi penulis pencinta muzik
Sangat suka muzik

Muzik boleh buat mood penulis yang moody jadi happy
Mood penulis yang kosong jadi penuh
Mood penulis yang sepi jadi bertambah sayu
Seriously...tapi mood itu lebih mari ketika penulis sorang-sorang la

Genre yang penulis prefer adalah genre blues, catchy, yang sedap halwa telinga ini mendengar
Penulis suka instrumen gitar, piano dan drum dalam muzik itu...Gitar especially laa...

Maka lagu Sayang Kinabalu ini sangat catchy.....eh best la!
kenapa tak ada Sayang Pahang ke Sayang Kuantan ke?

Tak percaya? Mari Dengarrrr. (jangan mls nak tggu buffering okeh)
haa siap ada lirik. ok, saya dah khatam lagu ni. ^^,



Tapi apa yang pasti..
Dengar lagu ini je, teringat kenangan kat PD 
Time itu, ibnu main gitar, sabri kicap nyanyi, gabp menari lenggang sumayau.
Mereka ini semua SABAHAN ok.
Aku kat tepi tukang tepuk tangan, angguk kepala sebab time tu tak hafal lagi. hihi

pegang gitar itu Ibnu, 
si baju hijau itu Sabri kicap pekat,
Gadis kt depan itu Gabp.
eh, ada Ejal Ajie laa. HAHA
haa...kan dah rindu kat SEMUA kwn kwn ini...haih

Nanti ada buat gathering mkn-mkn macam ni lagi, saya mau request lagu ini. boleh nyanyi sama! yeah. Tapi tah bila la lagi kan. Saya sudah tamat belajar laaa. hish~
Oklah, sebelum rindu meluap luap penulis ingin tamatkan penulisan.

Hope u guys enjoy this song (same like me)
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi SAYANG sama KAMU.
MuahMuah.


p/s: kenapa aku bahasakah diri 'penulis'? saja gedik. oh! video ini jadi versi karaoke la pulak. nak dgr suara,search di Youtube okeh! ;)

Monday, June 13, 2011

Dah Selamat.

Alhamdulillah.
Akhirnya berakhir majlis cik puan Ain dan encik Ote.
Maka fokus kalian dah bermula pada kehidupan baru dengan sepenuhnya.

Majlis resepsi belah Ote ini dipenuhi dengan rakan rakan lama.
Ex-SSBJ. seronok jumpa mereka semua.
Afiq with his daughter and wife,
Pejal with his fiancee,
Fadzir with his girlfriend,
Fatiha with her 6month perot bonyot and mom,
Mail with his buddy,
Zafira my adik (angkat).
Mereka semua my besties semasa SSBJ dulu.
Tapi sedih sebab jumpa sekejap sangat. Dan tak dapat layan lebih lebih. Aku sampai lambat. Dorang plak dah nak balik.Haih.
Sampai si Fazir ckp aku sombong. damn u! hihi
Tak lupa Eimajie n susu, aji datang dari penang. Tapi tetiba dah nak balik. Haiya.
Sorry guys. kalau aku boleh belah badan  ini, aku dah belah dah kasi layan semua sama rata. Eh macam majlis aku pulak. hehe. Sebab kebanyakkannya aku yang contact suruh datang. That's why rasa serba salah bila tak dapat layan semua. hishh.

Tak apala, insyallah bila berkesempatan kita jumpa lagi ya rakan rakan sekalian. ngehh.

Selamat dah untuk Ain, tunggu la turn kami pula. Insyallah. =)

Picture kenangan. Tapi cik Esah tak upload semua lagi. Bila boleh ambil??? huhu

 Afiq with his lovely Sumayyah and wife (tudung merah)



 Me with becoming mummy. 3bulan lagi weh !



 With the guys and their partner. Partner aku je jauh kemana. hehe



 Me teha and becoming wife,Pejey (nak kahwin dah 15.7.2011 !!)



 Mail and Fazir.



 EimAjie, Errizal, Me and the bride



Last pic, hah tegok sapa dapat bunga tuu? kahkah. will be next kah? tatau lagi. ;p



Suka Suka Ada Duka Duka.


Love my buddies much.


Hope to see u guys again.



ByeBye. :')

Thursday, June 9, 2011

MY BFF GET MARRIED !

Oh my dear! 
Sungguh tak percaya yang my dear Ain dah kahwin dgn her dear Ote ! setelah bercinta lebih kurang 6 tahun sejak zaman sekolah, akhirnya mereka selamat diijabkabulkan pada 4.6.2011 ! Alhamdulillah. :')

Seriously, rasa mcm dulu hingus sama sama, sekarang dah jadi isteri orang. huaaaa! cptnya masa berjln.

Dulu dorg bercinta, ada gak aku ikut. sebab time tu ain malu malu lg. bila malu dia dah kurang, dia tak ajak dah teman. kikiki. jgn skg ko 'malu-malu' lg ye puan Ain. Sebab aku tak boleh teman dah. huhu.

ini sedikit kisah KAMI :
Aku kawan dengan ain since we on secondary school lagi. Igt lagi time tu. Satu kelas. Time tu belum geng lagi sbb dia ada BFF dia. Angelica, eh ke Angelina? aiyoo lupa. haha. Aku pun ada geng aku sendiri. 
1st impression aku kat Ain, 'Baik dia ni.(sebab tudung labuh dari aku)'. Haha
 
Form 2 kami mula rapat sebab aku join kelab komputer sama dengan dia. Kira waktu pagi kami geng, bila kawan masing-masing datang, geng juga, cuma tak rapat sgt sbb masing-masing dgn kwn masing2.

Then bila Ain ajak aku join menembak, dan aku dapat masuk lepas dia dapat dulu, kami terus jadi rapat. 
Lagi-lagi ada peristiwa tahik berlaku kat aku, dan Ain penyelamat sbb dia tlg bongkar perkara yang aku tak tahu selama setahun. Damn. Time tu memang aku kawan dengan Ain je. And aku saja gatal gatal join geng budak nakal. Tapi aku masih boleh behave. Jgn risau ye puan puan dan tuan tuan. hihi

Tapi xpe, itu waktu kecil. mudah marah sbb kena tipu bodoh bodoh dgn kawan sendiri. sekarang tak dah. sbb aku kawan dgn org yg benar je. Even kekadang ada gak kena tipu but dah grow up kan. dah x ambil port sangat. sakit hati sekejap, baik semula. standard la kan. 

Luckly i've Ain as my bestfriend. :') bukan nak sedut ok! ini benar. Ok, tak tipu kami memang ada gaduh kecil, tak bertegur jap bila masing-masing tengah panas (selalu Ain mengalah sbb aku Ego sket. hihi), tak puashati dengan perangai buruk masing-masing (aku nye buruk banyak kot), dan banyaaaak lagi, but still ! kami masih Bff. love u! (on real xpenah ckp love u. maluuuu kot !)
  

ini lah pic dorg yang aku tangkap masa awal bercinta dulu. i think this is their 1st pic. kan Ain? hihi
 HAHA. comot but sweet kan?pic ni tahun 2005 kot.


ini pic mereka semasa hari bersejarah mereka

sweet kan dorg. wajah ada iras. semoga kekal ke akhir hayat mereka. Amin. :')


OK, saja nak selit, Kami adalah :
Geng waktu rehat
Geng sebelum masuk kelas
Geng lepak kat bawah pokok 
Geng dalam kelas (duduk sebelah)
Geng menembak
Geng rifle
Geng Sukma
Geng menang Emas
Geng satu bilik
Geng masuk SSBJ
Geng sekampung
Geng gila-gila
Geng ushar laki hensem (aipppp skg dh xbole geng! haha)
Geng tgk wayang
Geng tgk dvd
Geng guling-guling
Geng satu UPM (lain kos)
Geng sampai bila bila !!
Notes utk kau yg bernama Nor'ain :
Kehidupan ko dah berubah. Ko kena pk dua hati je. hati ko dan suami ko. kalau dulu ko pk hati kawan-kawan kan. Ingat ! kehidupan ko baru bermula. kena banyak bersabar sabar dan sabar. bercinta dulu lain, kahwin dah lain. rahsia luar dalam ote ko lebih tahu. (kantoi) cmtu juga rahsia ko. abis terbongkar. haha. jangan lepas ni ote call/msg aku tanya mana bini dia. sebab dulu korg bercinta selalu kitorg kena cmtu. haha. (pesan kt ote sekali). Aku harap, persahabatan kita kekal ye. melainkan ko dah pindah ke Jerman,susah la nak berhubung. Jadilah isteri yang solehah. pasni giliran aku dan amy lak. tah bila. tak apa, insyallah akan datang la tu. Ote ! jaga Ain baik baik ok. aku tau ko seorang yang romantik. jgn sekejap je. kekal sampai tua ok. :) AMIN.


ok Ain, jangan nangis. kita jumpa lagi nanti eh. kawan jarak jauh. sorang di KL sorang d Kuantan. huahhhh!




LOVE U MY DEAR BFF!

muahmuah.

Thursday, March 31, 2011

Broga Hill !

Broga Hill? 
hah! Sudah ku tawan dengan mudah! haha.
Nak semputtttttt! berapa kali aku cuba tidak maki diri sendiri time mendaki tu.
haha. konon konon nak be positive la, 
tapi alhamdulillah, aku dan sahabat semua berjaya sampai ke puncak Broga Hill tanpa masalah. U roxx guys !!!

Ok, kisahnya terjadi pada 20.3.2011
jam 5.30 am kami dah berkumpul di bawah Blok MSN
awal-awal tu macam-macam lah plan nya.
Pukul 6 am la, 6.30 la, 5 la, 4 la...haha.
last-last our organizer Cik Aisha J's buat keputusan 5.30am gerak!
Ok, Good! baru tak gaduh. hehe

Ekspedisi ini diikuti seramai 12orang. 4lelaki, 8perempuan. Yeahh Girl Powerrr! 
Semua baguss. berdikari, tak gedik mengada pun. hehe. yelah atlet kan. 
Eima je bukan atlet, but still! gadis lasak OK. kalah lelakinya. hehe

Sunday = Weekend = Ramai nya manusiaaa! 
Kitorang sampai pun dah ramai dok menapak ke atas. dengan gelap, sejuk, tinggi. huihh. experience la. Best!

Ok lah, banyak bebel tak guna kalau tak ada pic sebagai pencuci mata kan. 

Ayuh! kita lihat kenangan kami di Broga Hill ! oh yeahh!

KISAH KAMI

pagi yang gelap, kini sudah ceroh.
























HAHA! last pic, semua xsaba nk balikkkkk!

**pic have been chosen randomly. mana yg xmasuk amo mara2 eh. ;)


ahli-ahli yang terlibat adalah my love erroth, jana, aisha, tasha, atin, fani, eimajie, ajiema, pejey, latip. 


OK, next trip guys! tunggu kedatangan ku ke KL. jangan pergi tanpa ku. hehe. (budget ko PM?)




enjoy.friends.love

Monday, November 8, 2010

Kisah Sahabat

Aku suka dgr lagu 'Sahabat Sejati' dari Sheila On 7
s0o meaning full for someone have a true friend
tak caya? mungkin sbb awk tak ada sahabat kot. awk ada kwn kwn je

Apa beza sahabat, kawan, teman, rakan?
Konsep macam sama, tapi isi nya mungkin berlainan

Kenapa lain? kenapa beza?

Sebab...
Sahabat tu seseorang yang sentiasa bersama kita biar kita tengah susah, senang, suka dan duka..
Dia sentiasa muncul tanpa di minta, di rayu, di pujuk..
Sering beri kekuatan dikala kita lemah, lesu, jatuh, gagal..
Pujuk kala kita sedih, duka, rajuk..
Seorang yang boleh dipercayai..simpan rahsia kita kemas kemas (walaupun dengan bf nya)
Sokong tanpa henti dalam kerjaya kita, hidup kita, apa yang kita buat..
Nasihat bila perlu dan rasa ia di perlukan..
Tidak menuduh tanpa bertanya dan bukti..
Kongsi segala rahsia (jika bkn terlalu peribadi) dan kisah hidupnya tanpa selindung..
Tidak terasa apabila kita menegur, nasihat jika dia buat salah (sbb kita syg dia)
Tidak mengata belakang kita, malah menegur depan depan..
Tidak menyokong musuh kita..
Tidak hipokrit..(depan kita lain, belakang kita lain..)
Tidak akan lupa kita apabila dia gembira bersama org yang dia sayang..
etc...
Dan sahabat ini sukar di cari..sungguh!
Dan sahabat tidak ramai, mungkin satu, dua atau tiga..
Dan sahabat ini sukar ditukar ganti..biar kita punya banyak kawan tapi kita hanya selasa dengan dia sorang..
Dan dan dan... saya sayang sahabat saya..

Tapi..mana sebenar sahabat, mana sebenar kawan, mana sebenar teman?

Janganlah kita keliru, kerana kalau salah pilih, boleh rosak akhlak dan iman..

Syukur aku masih punya sahabat, kawan dan teman yang masih boleh dipercayai, disayangi dan dikagumi..

Siapa sebenar sahabat? kawan? teman?
Biar aku sorang je tahu... 
Sebab tak kisah la awk kategori mana, awk still saya suka sayang ok. HEHE.

Maka, jangan lah jadi musuh saya pls. sebab once u be my enemy, forever u will be bebeh. 
ya, saya mmg jahat. kih kih kih.


ok, last but not least...thx sudi jd sahabat, kawan, teman saya. sungguh saya sayang kalian. tak tipo! 
mmg saya sorg yang tak pandai tunjuk kasih sayang saya pada kalian sbb saya MALU! ;p



**heart my friends very strong lah!

Wednesday, October 27, 2010

Sorry,s0rry,Sorry

Ayat yg sering kita dgr,,,Nobody perfect..
And its real, Nobody perfect..
Sbb yg sempurna hanya Satu..
Jadi, jgn perasaan awk tu perfect..

So,,here some 'sorry' from me to u..
  • Sorry,, saya degil (mama kata byk cekadak)
  • Sorry,, saya cantik (muntah darah)
  • Sorry,, saya nakal sket
  • Sorry,, suara saya kuat (g klas vokal)
  • Sorry,, saya suka tukar tukar mood (pompuan kan, sume tu hormon)
  • Sorry,, saya suka buat awk marah (khas tuk kwn-kwn, sahabat sume)
  • Sorry,, saya susah say sorry
  • Sorry,, saya EGO
  • Sorry,, saya pelat (selalu foul)
  • Sorry,, saya cepat marah
  • Sorry,, kalian kena bersabar kawan dgn saya
  • And last but not least...Sorry,, saya Tak Sempurna
Hope kalian terima sorry saya ni. Sungguh saya cuba jadi terbaik, tetapi Sorry saya bukanlah yang terbaik. 

 

** Mood Sorry datang tiba tiba..^^

Sunday, October 24, 2010

I'm Blessed!!

22.10.1986
New Castle, England
Terlahirlah puteri tunggal Pn.Noraini Othman bersama En.Nazruddin Ismail

22.10.10
Genap umurku 24 thn (muka cm 19thn)
Dari bgn tido dh memikirkan apalah nasib aku arini
Apa apa pn yg jadi, aku REDHA! eheh

Pagi, aku training d Subang
Dari dalam van lagi aku sudah d warning utk bersiap sedia lps abis traing
Nasib aku dh prepare everythng (luar dalam)
Sbb birthday rakan rakan sepasukan yg lepas mengajar aku betapa dashyat nye mereka bila tiba birthday rakan rakan lain

Tghari, selesai traing
Aku di tahan sana sini
Tak kasi aku lari mana mana
Sungguh aku pun x mau lari
Sebab kalau lari lg teruk nasibnya
Jadi aku rela, tapi berlakon wat2 xrela. HAHA
Aku di tolak di dalam kolam renang
Tapi aku bagi masing masing rasa basah bersama. HEHE

Dalam van, rasa seperti ikan duyung
Basah lenjun, xtukar apa apa sebab baju semua dlm kereta
Tapi xpe, aku redha. eheh

Lepas maghrib, berkumpul d parking blok MSN, UPM
Get ready to Blue Lagoon, PD
Tung Tang Tung Tang, pukul 8.30pm baru gerak
Nasib baik sudah ada yang pergi dahulu

10 pm, selamat tiba d PD
Sume sudah siap sedia
Thanks to kwn kwn yang dtg awal
Korg mmg best!
Makan makan, nanyi nanyi
Sudah kenyang sume
Sudah tiba saat aku d paksa masuk ke laut
Nasib air laut cetek krn air laut tgh surut
Aku basah kan badan sikit-sikit tapi di basahkan banyak banyak oleh kawan-kawan yg kelihatan ghairah d situ. HAHA.
Tiba-tiba aku diserang oleh tepung tepung dan tepung! 
Wahh wahh..tepung je! ahah
Xpe xkisah pn, aku Redha.

2am, Selesai di buli, continue nanyi, makan n all
Bersiap sedia untuk pulang ke Uni kesygn
Everything going smoothly

Thanks all,
Congratez to k6 fooball sbb menang interkolej,
Congratez to sixers rugby sbb 1st time msk semifinal,
Congratez to me sbb getting 'younger'!

Love n Kiss
Hope ada lg event beramai ramai
Sg.Gabai again maybe?
hehe.

Special thanks to Jana, Along, Deeha and sapa sapa yang head program arini. Muaah!

**Wang xboleh beli kenangan.^^

Monday, October 18, 2010

Saya.Ada.Kawan.Baru

Hari ni lepas tgk cite Endhiran (tamil) eheh,
Tibe tibe saya ada kawan BARU!
betul tak tipu..
Kawan saya nama Chitti..
Comel kan nama dia..
Macam tuannya..

Chitti, welcome to the "New World"
Takmo jadi Bad Chitti..
HAHA! AHAH! HAHA!

**anda tahu siapa anda. Bad Chitti!
Chitt pooodah!


Lagu Jiwa