Showing posts with label braces.. Show all posts
Showing posts with label braces.. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Gadis Gigi Besi #2

ehem. ehem

dah lama dah service besi di gigi ku ini.
cuma baru ada mood mahu berbelog. hehee

ok. 18.3.2011 ritu genap la sebulan aku pakai braces ni
tak banyak perubahan yang ketara nampak.
kawan kawan kata dah nampak gigi ada perubahan tempat duduk.
selagi aku tak nampak satu batang gigi yang degil itu berubah, maka bagiku masih tiada perubahan. haha

kali ini aku tukar warna getah purple and hijau. 
on the way ke sana aku asyik fikir je nak buat warna apa
dari dalam kereta, dalam tren, tengah jalan, tengah duduk, tengah tunggu turn, aku fikirrrrrr je.
sampai lah kakak nurse ini datang and tanya
"cik Nasreena, sila pilih warna kesukaan anda' (dialog rekaan)
ingatkan banyak sangat, sikit je pilihan di beri, maka aku nampak cantik nye warna light purple n striking green ini. so aku pun pilih laa.

bila dah pasang, ada penyesalan juga. bukan sebab xcantik matching color tp sebab x seperti ku sangka.
ku sangkakan selang seli warna nya, tapi kerana gigi yang masih mentah dan bersepah, maka ia jadi lain rupa sikit. hehe

sakit?
hmm tak jugak. aku tunggu juga nak sakit tu, sebab harap boleh la kurus kan. tapi, haramm. nafsu makan seperti sediakala. haha. cett!

tapi, still tak bole gigit dengan rakus makanan yang keras la. kena potong halus halus.

so, pengajarannya lepas ini buat satu color je. dah nak lurus barisan giginya barulah buat color warna warni

oh, satu nasihat bagi pemakai braces, sila pilih warna striking or gelap kerana makanan di Malaysia ini kaya dengan penggunaan kunyit, tempoyak, kari. So, jika buat warna light2 ni, ia akan merubah color getah itu dalam masa yang terdekat. OK? Get it? Goood! (pengalaman sendiri. hee)


  
nahhh. lihat lah dunia. gigi ku yang 'tak terurus' lagi.
tantek kan color dia. hehe


next appointment will be on 22nd April 2011. ok, sila buat keputusan tepat ye cik Nasreena.

Enjoice ur day dearest.



LOVElove.

Wednesday, March 9, 2011

Gadis Gigi Besi #1

Wiiiiii !
18/3/2011 genap la sebulan aku memakai braces. baru sebulan. rasa lamaa jek.
kenapa pakai? taring aku kan manis? 
ohh jgn risauuu. aku pakai bawah je. sebab mempunyai beberapa alasan yang agak payah nak diterima jika aku nak pakai atas bawah. doc bagi aku dua option ; 1st, cabut 4 batang gigi untuk memudahkan kerja beliau tetapi result nya nanti gigi aku akan makin ke dalam dannn aku perlu senyum habis lebar untuk nampak gigi. gile apa? 4 batang gigi? ohhhh!
2nd, tak perlu cabut gigi, kerja beliau agak payah, dan result nya gigi aku akan ke depan dan bila aku senyum, nampak gigi penuh satu mulut. haha. hampeh. sebab skg ni gigi atas aku berada di posisi yang sebenar. bgss.

Maka, aku decide buat bawah je. sebab aku sakit mata bila tgk gigi bawah ni. kekadang before tidur, dok tangkaplah gambar gigi bawah ni sebab nak kasi mimpi ngeri mlm tu. and harganya murah sikit. heh heh heh.

Tapi, sebelum nak cantik & senyum nampak lebih manis (sbb skg pun dah manis), kenalah hadap beberapa kesusahan dulu kan. antaranya :

  1. tak boleh makan keras-keras. (dah lah peminat no.1 crunchy2 ni)
  2. tak boleh makan daging secara rakus (mengajar aku menjadi lebih beradab)
  3. lepas makan kena kumuh or korek sisa-sisa di celah-celah besi
  4. doc kata, tak boleh makan coklat. tapi aku bantai gak. haha
  5. tak boleh TAK gosok gigi.
  6. kurangkan makan makanan yang berasaskan kunyit, masak lemak, masak tempoyak sbb getah leh tukar rupa.
  7. jangan kasi besi di gigi itu tercabut. kalau tercabut cepat-cepat jumpa doc.

hmm nasiblah aku pakai bawah jek. so ok sikit la dari kawan aku tu, Amy. lagi kasihan dia, sebab tiap kali makan benda keras sikit jeee, terus besi yang atas tu tercabut. boleh kata tiap-tiap bulan la tercabut. sampai doc pun naik hantu dgn dia. heh heh heh. naseb aku ni pesakit yg dongar kato.
Yang best, tiap kali service tiap-tiap bulan, getah kat besi tu boleh tukar-tukar color. yeayy! bulan ni aku pakai pink, bulan depan nak pakai warna warni la pula. keh keh. 


Ok, ini la rupa gigi aku yang cantik berkaler pink ;)
month by month akan ku update perubahan gigi aku yeh.





Eh jap! sapa kata manusia je boleh pakai braces? haiwan pun boleh ok! tak percaya? tgk nih! 

kahkah. siap la kucing-kucing aku.



so, sesiapa ada masalah gigi terabur tak tersusun, boleh la jumpa doc berdekatan. survey dulu tempat-tempat yang murah. banyak dah sekarang yang murah. Bukan apa, gigi itu merupakan salah satu aset utama orang akan pandang kat wajah kita (sebab aku suka tgk senyuman n gigi org =D). Kalau tak mau betulkan pun tak apa, cuma jaga kebersihan gigi ok.

Senyum itu sedekah.
Senyum itu awet muda.
Senyum itu manis.
Senyum itu buat orang suka.
Paling senang, dengarlah lagu 'Senyum'. lalala~


p/s- tak sabar nak tukar getah sebab dari warna pink dah jadi warna peach. kekeke.

say cheeessee! 
=B


muahmuah!

Lagu Jiwa