Friday, December 31, 2010

Bye Bye 2010, Hai Hai 2011 ! !

rasa macam baru semalam aku lahir iaitu tahun 1986. HAHA. sungguh karut.
sebetulnya, rasa macam baru je sambut new year 2010 kat bilik semalam (memang itu yang terbaik)
tiba-tiba tanggal jam 12 am nanti aku akan sambut new year 2011 kat bilik lg sekali (kat rumah pula. terbaik)
wihuuu.... sangat cepat masa berlalu. 
sungguh kita tak boleh undur masa itu.
betul orang kata; Masa itu Emas, Hargailah Masa Anda (lagi-lagi yg pakai jam Rolex)

hurm 2010, banyak kenangan manis pahit masam masin aku dgn tahun 2010.

antaranya ; 

  • aku berusia 24tahun dan akan sentiasa bertambah
  • akhirnya aku habis my degree at UPM terchenta (mission accomplish!)
  • akhirnya aku ke luar negara setelah lebih kurang 3 tahun lebih berkurung d Malaysia (biar g Jakarta je pun)
  • baru aku tahu UPM tu indah bersama sahabat-sahabat aku (Jana,Along,Adog,Ejal,Ain,Ecah,Deeha,Luncai,Ibnu,Gabp,Ajie and all !!)
  • buat macam-macam aktiviti bersama sahabat-sahabat. thats so meaningfull to me!
  • celebrate birthday at PD. Wow! 1st time in my life. thanks guys! (walaupun itu hanya aktiviti sampingan but i loved it.)
  • buat-buat berani pegi jenguk Highland Tower. tapi xpenah naik. Thank God.
  • beli Gitar!! ouh. 
  • Awal tahun, pegi training camp at Langkawi. and that was the awesome training camp everrr!!
  • hati sudah di ketuk and its was and will be my special day!! =)
  • menjinakkan diri dalam dunia Blogging. hee hee.
  • Arwah tokwan meninggalkan kami. dan seminggu lepas tu suami k.cha meninggal mengejut. it was 20.12.2010 and 27.12.2010. what a sad weeks peeps. :'(
  • for the first time, sambut Hari Raya Aidilfitri bertiga. selalu berempat. hmm. EGO! tolong buang.
  • apa lagi? hm apa lagi? banyak lagi!! tapi itu antara yang melekat di jiwa. dan ia akan sentiasa jadi kenangn terindah. seriously man. 


hopefully, tahun 2011 akan beri kenangan yang baru dalam hidup ini dengan drama, peristiwa dan semua yang menarik untuk di kongsi. heh heh heh.
azam untuk 2011? hmm. tak perlu kasitau kot. nanti tak jadi maluuu. eheh. tapi satu je, mintak mintak dapat kerja la. kerja apa? tungguuu! (masih dalam dilema! huaaaa)

oh! satu lagi. hope Malaysia terus aman aman n aman!
takut la. macam macam hal sekarang. haih. dunia! manusia! 

ok, sambung karut nanti pula. 

takut tak ada mood nak update esok..
so, HAPPY NEW YEAR peeps!
have a wonderful day n holiday.



love love.

Only You.You.You.




Just a great song right?
Nice wording n melody
So classy and old timer
I LOVE this song. Suddenly. =)
Hope you guys love it too. 
Only You.....Guys.

wink wink ;)
xoxo


till then.

Sunday, December 26, 2010

Tanda-tanda Semakin Tua.

Ilham tuk entry kali ini jatuh kepada....ABAH!!
tahniah abah..i'm proud with u. yeahhh! :p
sebenarnya tadi duk lepak2 dengan abah & mama tgk america's next top model cycle 14 (dorg lyn je kepala aku. aku pegang remote. heh heh heh), then dengan women's power kami kenakan abah tentang perihal abah yang semakin tua berusia. hehe. sorry abah. we still lebiuu.

ok, dari dok kena-kenakan abah, aku terus dapat ilham untuk entry ni. Tanda-tanda Anda Semakin Tua Berusia. Maybe luaran nampak muda, hot, gojes tapi sistem dalaman tu dah tak berapa muda. heee. 

So, ini dia tanda-tandanya. Lihat, Baca, Renung, Tengok, Jangan Marah aa....




senyum...tak perlu kata apa-apa. heh heh heh

  1. Anda sudah mula tonton berita dari pukul 12pm-12am. Its all about news.
  2. Kalau dulu beli suratkhabar baca bahagian hiburan and sukan je, tapi kini anda mula baca keseluruhan suratkhabar tu termasuk politik, ekonomi, dunia. sampai iklan, job advertisement pun anda tibai baca.
  3. Tengah lepak kat kedai mamak, baru anda perasan yang anda tengah lepak dengan kawan-kawan yang berusia 35 tahun ke atas. wah wah wah
  4. Kalau dulu dengan adik kecik mboh layan, tapi sekarang suka membebel kat adik atau dak kecik. Kalah mak bapak budak tu. haiyaa.
  5. Selain tengok news news news, anda juga suka layan channel national geography, animal planet, majalah 3, NONA, WHI and semua yang berunsurkan kekeluargaan lah.
  6. Dah tak pandai buat lawak bodoh. Lawak anda semua bijak dan kurang difahami oleh kanak-kanak.
  7. Dress up pun dah bertukar. Tak ada dah baju corak-corak or kartun-kartun. Semua kosong, plain, boring!
  8. Kurang berSMS. Malas nak taip. Maybe dah rabun. So call lagi mudah.
  9. Hari minggu adalah hari berehat, tido, lepak di rumah. No more malls.
  10. Tak tahu perkembangan dunia hiburan seperti movie terbaru, siapa juara Raja Lawak ke-18, drama bersiri dan lain lain.
  11. Rambut dah mula beruban dan berputih secara original. Muka muda belia tapi dalaman tu dah tua bangka berusia.
  12. Mula berkhidmat dengan tumbuh tumbuhan dan kebun di rumah.
  13. Taste beli barang (baju, seluar, kasut, beg dll) juga sudah bertukar. Nenek anda punya taste lagi hot.
  14. Masa mandi bertambah lebih lama sebab shampoo and sabun sampai 3 round. Sebab lupa dah shampoo ke belum? sabun dah ke? nak selamat, shampoo lagi. sabun lagi.
  15. Dulu kalau buka channel sukan layan bolasepak, sekarang layan golf golf golf.


Haaa...ini semua rekaan aku. semua berdasarkan apa yang aku lihat dengan orang sekeliling yang semakin berusia. Jadi kalau ada 5 persamaan, terimalah hakikat bahawa anda sudah semakin berusia dalaman atau luaran.


Chillex. Just For Fun. Muahh muahh!
daa~

Saturday, December 25, 2010

Minggu Mengawan..uihh!

eh eh!
jgn salah faham d sini.
maksud nya, 
minggu ni sangat penuh dan padat dtg jemputan KAHWIN KAHWIN KAHWIN...
Alhamdulillah....ramai yang mendirikan masjid.
dan menghalalkan yang haremm.


HAHA. steady ah pengantin pompuan. baru laki takut cari lain. yeke? =p

 

hmm..Kahwin? semua nak kahwin kan. sama lah kita.
tapi tula, sekarang ini kalau dah ada rejeki or pendapatan tetap, ada jodoh, ON aje!
mana boleh tunggu-tunggu dah. dah lah kaum Adam makin pupus. yang ada pun bukan semuanya tulen. apa lah. haihh bahaya-bahaya.

Pada yang dah punya pacar, and pendapatan dah tetap and dah lama sangat berpacar tu, digalakkan untuk mendirikan rumahtangga. kalau nak buat escalator kat rumah pun gempak gak kan. 
tapi xmau la kau kawin lari...penat kot! orang lain kawin duduk. 
pastu lari kat Thailand lak. haih, banyak kos tuhh. rilex and buat kenduri kat rumah kan lebih elok. ye tak??

dalam pada aku attend majlis kahwin saudara jauh aku semalam,
bolehhh pula kucing tuan punya rumah buat aksi 18sx kat luar rumah.
sibuk lah nak mengawan kat depan orang ramai!! haihh. tak senonoh!
kucing dua ekor tu tak tau lah dah akad nikah ke belum.
HAHA! kucing akad nikah?? HAHA sekali lagi.


 tahniah buat mereka berdua.


Tu kucing, xpelah kan. kita tahu mereka dua ekor tu haiwan.
tapi, kita ni jangan lah nak mengawan depan orang ramai lak.
xelok, xsenonoh, xbaik tauu.......

 
Ok ok. pada yang bakal mendirikan rumahtangga, Congratulation saya ucapkan. semuga kekal ke akhir hayat....AMIN.
pada yang belum ada rejeki tu (macam saya...heh heh heh) sabar laa banyak banyak ye. insyallah one day ok. mari kita doa banyak banyak. bismillah....amin. ;)






p/s: kalau nak kahwin jgn lupa jemput ya. (nak mkn free. save budget. HAHA)

Thursday, December 23, 2010

.3 Things About Me.

3 perkara yang aku nak share pasal aku kat korg. Mungkin bunyi macam syok sendiri, tapi itulah hakikat nye. Saya Syok Sendiri. ngehhh!
Kenapa 3? sebab aku nak share 3 benda je. tak nak 4, 5, 6, 7........la la la~


THREE NICKNAMES

1. Nass @ Naz @ Nash (bunyi sama je n friends yg selalu pggl nama-nama ni)
2. Reen (family n mostly kwn mama/abah/along dan disertakan dgn pangkat 'adik or kak or aunty or m.cik')
3. Nasreena (long name teruss but i like =))

 
THREE SPECIAL DATES IN MY MIND NOW

1. 22 October
2. 22 Disember (birthday mama semalam)
3. 16 November ;)


THREE FAVORITE HOBBIES
 
1. Tengok new movie kat panggung wayang berdekatan
2. Karaoke =)
3. Lepak n Laugh =))


THREE FAVORITE DRINKS

1. Limau Suam / Lemonade
2. Teh o ais
3. Air Suam / Mineral water


THREE FAVORITE COLOURS

1. Pink
2. Purple
3. Black (safe color. hehe)


THREE BEST LECTURER  

1. Prof. Madya Dr. Rozannah (Labour Law)
2. Dr. Khairuddin Idris (dr.kidin)
3. Ms. Intan Suraya (General Writing)

 
THREE WAYS TO BE HAPPY 
 
1. Hangout with girlfriends and boyfriend
2. Shopping until broke (pastu kau nanges sbb kena puasa sampai hujung bulanl, happy ke tu? HAHA)
3. Do awesome activities!


THREE FAVORITE SONGS AS FOR NOW

1. Speak Now - Taylor Swift
2. Hari Bersamanya - S07
3. Count On Me - Bruno Mars

 
THREE GROUPING I MISS MOST FROM THE PAST

1. 6 Serangkai (ain, ee, amy, jat and farah)
2. Crazy boys (pejal, fazir and shakir)
3. geng-geng budak sekolah (sekolah rendah n menengah)


THREE GIFTS I WOULD LIKE TO RECEIVE

1. Brand New Car (hehe)
2. Rumah Sebijik (i wish)
3. Room with new handbags, cardigans, blauses, jeans, wedges (Wahahahaaaa! tamak tamak)


THREE PLACES WANT TO GO MOST

1. Gold Coast, Australia
2. Bandung & Bali (bole kira sbg satu x?)
3. Islands (Redang,Tioman, Perhentian etc....)


THREE MALLS I USUALLY GO TO

1. Alamanda
2. Sunway Pyramid
3. Mid Valley / The Garden


THREE THINGS ALWAYS IN MY BAG

1. Purse
2. Hand phones
3. Car Keys


THREE FAVORITE PLACE TO LEPAK

1. Bilik Ain and Ecah
2. Maulana
3. Kedai-kedai Makan

 
THREE FOODS LOVED MUCH

1. pari bakar
2. nasi lemak mali
3. burger sepah


THREE THINGS I'LL DO IN FUTURE

1. Being married and have a kids
2. Have a great life (insyallah)
3. Ada bisnes sendiri (amin)


THREE THINGS I'LL BE DOING TOMORROW

1. Beli barang kat ECM with k.ida
2. On phone / SMS
3. Attend wedding at Kemaman

 
THREE THINGS I AM DOING RIGHT NOW

1. Online
2. Duduk atas kerusi di bilik tercinta (rumah best!)
3. Fikir bila nak mandi =))


ok dah? dah cukup kot. nanti saya sambung dgn cerita lain lak. heehee.





Till then. tataaa !

Mama's B-Day.

22.12.1957
born at Kelantan
Lahir tahun merdeka
anak ke 5 dari 10 adik beradik
anak perempuan terakhir
seorang yang sangat berdikari sejak kecil
dari kecil sudah terserlah minat dalam bidang perniagaan
menjual kuih muih di kantin sekolah untuk mendapat duit belanja
mengikut jejak arwah tokwan (baru meninggal 20.12.2010 :'( selang 2hari birthday mama )

seorang ibu yang sangat baik hati
mudah simpati pada orang susah
suka menghiburkan hati orang sekeliling dengan memberi hadiah atau sebarang pertolongan
ibu yang sporting walaupun kadang kala sangat tegas

ibu yang mengandungkan aku selama 9 bulan
ibu yang memberi aku kehidupan
ibu yang sabar membesarkan aku dan along
ibu yang mencari rezeki buat kami sekeluarga sehingga kami hidup senang kini
ibu yang terbaik buat ku

Its mama birthday!
sorry mama, adik tak punya duit untuk hiburkan hati mama di hari lahir mama
adik janji, bila adik dah dpt kerja, adik akan hiburkan hati mama setiap kali on ur big day..





I LOVE U Mama!
really LOVE!







Happy Birthday! from ur only daughter ;)

cake for u! oh kalau lah aku bole buat sendiri

Thursday, December 9, 2010

One More Day Bebeh!!

Wihuuuuu!!!
Suka? Xpercaya? Betul ke? Nervous? Teruja?
Haa mcm-mcm aku rasa skg
Sbb apa?
Sbb aku dah lama xkeluar dari Malaysia terchenta.

And esok, tanggal 10.12.10, akanku terbang ke Jakarta! =))

Tapi,, bukan lah untuk suka ria, tapi ada misi yang perlu di laksanakan..
Ada game SEASA kat sana. (South East Asia Shooting Association)
Penentu samada aku kekal dalam team Malaysia atau tak untuk program tahun depan..

Fuhh......cuak gak!
But I promise that I'll do maybe very the best!

Boleh juga shopping! melawat ariel peterporn kt penjara! n so on... ahah


Sepemergianku, harap Malaysia akan aman sentosa...
Kawan kawan sehat sehat
Mukhsin jadi pelakon handalan n xmau nakal2
Mama Abah doa sentiasa
Bilik ku sentiasa kemas
UPM tinggal kenangan terindah. huhuuuuuu ='(

ok ok. pergi dalam 8 bulan. harap yaya xjadi Porsche. HAHA






Bye Bye Malaysia. Akhirnya ku terbangggggg!!! =D



Sunday, December 5, 2010

Gadis Botak.

stylo beb!!

KEH KEH KEH
boleh tak aku nak masukkan kan dalam list azam 2011 aku, botakkan kepala...??
mesti rare habis kan. ahah

tapi time tu aku jauh dari dunia la...
maybe pindah planet marikh.
geng dengan alien lak. 
HAHA

macam best je botak.
lagi lagi dah naik rimas dengan rambut yang kurang bermaya ni...
yela, time baru nak meningkat remaja gatal sangat dye rambut sndiri.
orang taruk kt rambut je, aku bantai sampai kat kulit kepala..
konon-konon bila tumbuh rambut baru, kekal la warna nya.
haha. ngok betul!

kalau sekali xpe, adalah dua tiga kali. lalalaaa~

maka, kulit kepala pun dah kurang sihat.
berminyak jek.
hadehh..
dulu cantik jee..panjang lebat..sekarang tidak lagi..huhu

bila botak, g wat treatment..kan kan..mesti kulit kepala sihat, rambut pun sihat!!

SETUJU TAK???



heheeeee =))



Saya Suka Muzik

testing mic 1,2,3....
la la la laaaaaaaa....
ok! sedap! 
HAHA
perasan la minah ni...

ok ini kisah saya dan music
saya rasa seperti nya saya suka gila mati sama music
sebab saya suka ikut bunyi bunyi music d corong radio
Ain selalu kata ' haih ko ni, gila music sampai semua benda leh jadi bunyi'
haha, ain ko sgt sweet! haha

saya ada Akustik Gitar milik saya sendirian berhad
Cantek, Gojes, Kacak, Bergaya
tapi xleh lawan tuan la kan...
tapi saya masih tak pandai main gitar saya yang lentik tuh. ahah
sebab apa? sebab 'dia' tgh berjasa dengan seorang ahli music tanah air k6 tuuuu...
tak kisah pun, kawan kawan kan. 
tapi! nanti bak balik.... aku nak hebat mcm kau jugak wahai Gutuk Eno....heee

xsaba rasa nak hebat memetik gitar...
tapi saya juga suka ketuk ketuk drum...
bila di ketuk rasa sumbang sebab aku ketuk suka hati kau je... =p

bila nak jadi ahli music yang hebat?

sebenarnya azam tahun 2010 aku nak hebat bermain salah satu alat music...
nak hebat dalam nyanyian.....huhh jauh sekali....key F sharp aku sgt tumpul...(betul ke note aku kasi tuh?hentam sajaa)

tak apa, aku dah habis belajar ni, bole la belajar sendiri...(sifu sifu semua sombong..bencik aku... )


aku suka dgr music...tapi sayangnya...aku hanya sedar minat aku ni bila aku sudah dewasa...
kalau aku tahu awal-awal, hahhh....memamg kalah lah kaki 'goreng' kat Malaysia ni... HAHA..karut!

hopefully, aku bolehlah kuasai salah satu minat aku untuk bermain music ni. 



.AMIN.


inilah gitar saya yang ramping
cantik kan die. ngehhh

Lagu Jiwa