Sunday, November 21, 2010

.Happy happy Happy.

Aku Happy kalau kawan kawan aku Happy
Diorang Happy tgk aku Happy
Aku pun Happy bila kawan2 Happy tgk aku Happy

aku Happy kau Happy
Kau kata kau Happy tgk dorang Happy
Betul ke?

kalau betul, aku Happy bila kau Happy dengan kawan2 aku Happy.

Happy Happy,,yang penting kita HAPPY! 

ahah.




mode lalut sudah mari.
LAriiiii!

20.11.2010 ! !

fUHhh..hela nafas lega sekali lg.
finally aku dah habis exam, dah habis belajar, dah habis degree (insyallah)
hope tiada halangan untuk aku graduate bersama rakan - rakan lain d tahun hadapan nanti.

tapi dalam suka ada duka!
duka nya adalah aku punya last paper macam H.A.R.A.M !
susah atau senang lain cerita
susah jika last minit baru nak sumbat semua ilmu yang belajar satu sem ni kan..
dan senang jika aku fokus fokus dan jadi ulat buku dari awal sem..
Ouhh, sungguh itu bukan aku.
buku? majalah pun bertahun nak habis. surat khabar berkurun nak eja.
itulah. sapa suruh kau berangan nak jadi model kecik kecik dulu ( tipo je ok! )

OK. yang berlalu biarkan berlalu.
Nak ratapi lebih lebih macam wasted, sebab dah ambil and dah jawab pun!
harapan sekarang result biar setimpal dengan usaha keras dimana aku tak tidur lena dan tidur hanya beberapa jam. bangun bangun je kusut masai. demm. tapi tercapai ke harapan aku? huhh
 
DAH dah. sekarang ni macam nak fokus macam macam lak..
sayang aku pada sukan menembak masih menebal bak buku HRM. 
tapi harapan untuk terus kekal dalam team macam nipisss je mcm buih teh tarik 
bismillah tu.
sebab apa? sebab salah aku juga. tak tembak bagus bagus. pastu kasi qualified komanwel, asean games, apatah lagi olimpic games. 
minat mmg masih ada, tapi bakat semakin malap dan hilang. hu hu hu. mana kau lari hah. aku rindu nak jadi bagus seperti dulu. sangat!

Jika tiada rejeki dalam menembak, hope ada lah rejeki di tempat lain kan kan kan. =)
sudah masa untuk berdikari dan kumpul harta sendiri. tak boleh manja manja dah. euw! (tapi jika sesak PAMA sedia membantu. keh keh keh)

time untuk hantar resume di merata-rata tempat..
semoga gambar berukuran pasport ku bikin bakal majikan ku cairrr. eheh

OK ok..

Lets pray for our own GOOD. bismillah....

Tuesday, November 16, 2010

16.11.2010 !!

Thanks to YOU.
Thanks alot.
Thousand of thanks from me to YOU.
Only YOU know why.
I'll remember this date n what happened today till end.

Happy.Love.Respect.

**speechless and unbelievable but really appreciate it!

Sunday, November 14, 2010

I'm Not Lesbian. Silly!

Sedang aku on9, tiba tiba inbox FB ku di ketuk oleh rakan ku pudin dengan memberitahu sesuatu yang hampir buat aku pengsan di pagi buta.

Ada makhluk tuhan yang admirer or adore aku buat page aku, wajahku, namaku di laman web lesbian! 

OMG, dah tentu aku bernafsu dengan LELAKI sahaja. Ngokk!

Kalau perempuan cantik depan mata pun, aku suka tengok sebab cantik ciptaan Nya. That's all. Lagi - lagi bila aku tengok cermin, haihh lagi la cantik ciptaan Tuhan. hik hik hik.

Btw, perkara ini buat bulu idong aku terbakar sedikit. pagi pagi dah maki orang. haiya. perkara yang aku tak mahu, iaitu di 'duplicate' telah terjadi. huk huk huk

Siapa manusia tu? Kenapa dia buat camtu? Dengki? Sakit Hati? 

Aduhh.. aku pun tak tahu. hope dapat tahu. 

So, kepada rakan rakan sekalian, berhati hati di alam maya. BAHAYA sgt!

Ni link dia. saja nak kongsi betapa famous nya aku. Wah Wah Wah.


Dear my admirer,
Thanks for making me famous. But damn u!

Dunia Oh Dunia

Diperhati, dibelek, dihayati, macam macam dah berlaku kat dunia ini kan.
Ada yang baik, buruk, pelik, ngeri, malapetaka dan macam macam lagi la..

Tak takut kah korang? Aku takut....

Takut tak sempat minta maaf kat insan-insan yang wujud dalam hidup aku,
Takut tak sempat taubat kat Allah swt..
Takut tak sempat berbuat baik kat semua umat manusia..
Takut tak sempat berbakti pada mama dan abah..
Takut tak sempat kahwin (hehe, gatal lg tuh!)
Takut mati dalam keadaan ngeri..
Takut Takut Takut..

Tapi, apa apa pun aku redha je bila bila di tarik nyawa..sudah ajal. tapi kalau boleh tak mahu lah dengan bencana alam atau excident. takut laaa..

Nasib diri pun tak tahu lagi..

Apa jadi kat kita10tahun lagi?
Apa jadi kat dunia ni 20tahun lagi?
Bahagia kah kita?
Happy kah kita?
Wallahualam...
Minta semua yang baik baik, sapa mahu yang buruk buruk kan.. ;(

Maka dengan itu, 

Berbuat baiklah pada semua orang..so kita mati tak terseksa. insyallah..
Jadilah anak yang baik dan soleh pada ibubapa..sayangi la mereka..
Jangan busuk, huduh, hitam hati..
Sayang menyayangilah sesama kita yuk!..

Aku cuba untuk jadi anak, sahabat, kawan yang terbaik kepada semua..
tapi malangnya aku insan lemah...sering lupa lalai yang kita ini hidup sementara..
Maaf semua maaf...

Kesian pada mangsa-mangsa bencana alam..sungguh!
Dah la daif, bertambah-tambah daif..
kerana dosa rakyatnya yang lain, satu negeri/negara musnah..

Tapi itu semua pengajaran untuk kita semua kan..
anytime anywhere Tuhan boleh ambil nikmat dunia yg sementara ini..
Tak takut lagi?

Malaysia dah lah antara negara yang kecil dalam peta dunia..
kalau berlaku bencana alam, boleh hilang sekelip mata dalam peta tu..
Haishh..simpang malaikat 44..

"Ini semua duniawi je"...selalu orang kata macam ni kalau kita leka buat sesuatu kan..
Mmg betul...tapi kat dunia ni la kita nak tunjuk syukur atas nikmat kurnia diberikan..
Macam macam cara kita boleh tunjuk, walaupun dengan memberi kucing jalanan yang berkurap tu sedikit makanan..

Aku bukanlah alim..apatah lagi mempunyai ilmu agama dan ketuhanan yang tinggi, tapi aku suka beringat dan ingat diri sndiri..
Nak tolong nasihat, mmg tak pandai. nanti orang kata memandai mandai je..typical thinking, kurang alim tuh tak layak nak beri nasihat. wuwuwuu...

Apa apa pun, dunia seakan semakin menakutkan. Nak pergi mana ya? huhu...


..Salam Dunia..

Wednesday, November 10, 2010

Thanks...But No Thanks...Because Enough With Your Thanks...

Tired...But Still Got Energy...Because Drink Energy Water...

Hate...But Love...Because I Hate The Way You Love Me...

Family...Friends...Why Change?..Because People Change 

Life..Suck?..Not Really..You Make It Suck..

Alone?..No, You Are Not..Because Someone Always With You..


..Karutan jiwa di malam yang dingin..

Tuesday, November 9, 2010

Kisah.Abah.Mama.Along.Adik

Ya. keluarga yang kecil
hanya punyai dua orang anak
seorang lelaki dan seorg perempuan

Bahagia? 
terlalu peribadi utk menceritakan secara detail
selagi abah dan mama bersama bersatu, Ya, kami bahagia..

Walaupun keluarga yang kecil
tapi aku sayang kesemuanya

Ketika kecil aku sering di rotan oleh abah n mama (dulu mereka garang+tegas)
Sehingga aku rasa aku lah anak yang kurang meminta minta(tgk mood dorg), merengek tak tentu pasal,
hanya tunggu di offer barulah aku mengangguk kepala tanpa henti, dan senyum sampai kening
kerana bila mama bermood baik, dia akan beli dan beli lagi untuk aku juga along.

Ketika kecil juga, aku sering d buli along.
Tapi, dulu aku dan along baik (dari umurku satu tahun sehingga 6 tahun..)
sampai bila sepupu aku tanya mahu kahwin dengan sapa? dengan dungu nya aku jawab 'dgn along'
hoii! sumbang mahram! ahah
masa itu umur aku baru 3 atau 4 tahun
tak tahu undang undang kehidupan..
Dan, bila aku masuk darjah satu, along sudah meningkat dewasa (Jarak umur kami 5 tahun)
along semakin jadi pembuli yang berjaya..tgh nakal kan.
Aku akan menangis, melalak, meraung seperti Bukit Sekilau tu aboh yang punya..
(sbb tu suaraku ala ala Ning Baizura)
sehingga mama akan kejar kami dengan hanger..heh heh heh

Tapi, walaupun aku sering dibuli along, aku tetap dan selamanya sayang dia. sebab dia kan ABANG. 
dan satu satunya abang aku. kalau xada dia, xada la 'abang' untuk aku.

Dan,
walaupun aku sering di marah mama abah dulu dulu (skg dah tak, dah besar kan. eheh)
Aku selamanya sayang mama abah. sebab tiada ganti buat mereka.

Pernah satu ketika dulu, kami sekeluarga sangat rapat, baik, mesra...
aku suka masa tu.. suka dan sayang sangat masa tu..
Dan,
aku harap ia kekal sampai bila bila.. berharap sangat..
sebab jika tiada salah seorang seperti tidak lengkap hidup ni..
dan aku tak punya sapa sapa selain mereka..
harap Allah lindungi keluarga aku selamanya..

Biar,
biar berlaku perselisihan faham kecil,
aku harap sangat ia tidak kekal sampai bila bila..

Mungkin,
Abah mama kelihatan gembira, riang, suka..
Tapi,
jauh di sudut hati mereka, aku tau, faham dan rasa apa mereka rasa..
sebab aku juga begitu..

Sumpah,
Kami tak mahu ini berlaku..
Tapi,
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..
Harap ada yang sedar dan pulihkan keadaan ini..

Semua sudah meningkat dewasa dan matang..
sudah boleh fikir mana baik dan buruk,
tak perlu di bebel lagi..
sebab semua tak suka dibebelkan..

harap, sebelum tutup mata semuanya pulih seperti sedia kala. sayang semuanya till forever. 
abahmamalongadik**

Monday, November 8, 2010

Kisah Sahabat

Aku suka dgr lagu 'Sahabat Sejati' dari Sheila On 7
s0o meaning full for someone have a true friend
tak caya? mungkin sbb awk tak ada sahabat kot. awk ada kwn kwn je

Apa beza sahabat, kawan, teman, rakan?
Konsep macam sama, tapi isi nya mungkin berlainan

Kenapa lain? kenapa beza?

Sebab...
Sahabat tu seseorang yang sentiasa bersama kita biar kita tengah susah, senang, suka dan duka..
Dia sentiasa muncul tanpa di minta, di rayu, di pujuk..
Sering beri kekuatan dikala kita lemah, lesu, jatuh, gagal..
Pujuk kala kita sedih, duka, rajuk..
Seorang yang boleh dipercayai..simpan rahsia kita kemas kemas (walaupun dengan bf nya)
Sokong tanpa henti dalam kerjaya kita, hidup kita, apa yang kita buat..
Nasihat bila perlu dan rasa ia di perlukan..
Tidak menuduh tanpa bertanya dan bukti..
Kongsi segala rahsia (jika bkn terlalu peribadi) dan kisah hidupnya tanpa selindung..
Tidak terasa apabila kita menegur, nasihat jika dia buat salah (sbb kita syg dia)
Tidak mengata belakang kita, malah menegur depan depan..
Tidak menyokong musuh kita..
Tidak hipokrit..(depan kita lain, belakang kita lain..)
Tidak akan lupa kita apabila dia gembira bersama org yang dia sayang..
etc...
Dan sahabat ini sukar di cari..sungguh!
Dan sahabat tidak ramai, mungkin satu, dua atau tiga..
Dan sahabat ini sukar ditukar ganti..biar kita punya banyak kawan tapi kita hanya selasa dengan dia sorang..
Dan dan dan... saya sayang sahabat saya..

Tapi..mana sebenar sahabat, mana sebenar kawan, mana sebenar teman?

Janganlah kita keliru, kerana kalau salah pilih, boleh rosak akhlak dan iman..

Syukur aku masih punya sahabat, kawan dan teman yang masih boleh dipercayai, disayangi dan dikagumi..

Siapa sebenar sahabat? kawan? teman?
Biar aku sorang je tahu... 
Sebab tak kisah la awk kategori mana, awk still saya suka sayang ok. HEHE.

Maka, jangan lah jadi musuh saya pls. sebab once u be my enemy, forever u will be bebeh. 
ya, saya mmg jahat. kih kih kih.


ok, last but not least...thx sudi jd sahabat, kawan, teman saya. sungguh saya sayang kalian. tak tipo! 
mmg saya sorg yang tak pandai tunjuk kasih sayang saya pada kalian sbb saya MALU! ;p



**heart my friends very strong lah!

Sunday, November 7, 2010

Bodo Dua Kali !

apa perasaan kalian bila kalian berkobar kobar nak tgk wayang bersama gff, siap booking tiket (my gff yg book), terkejar kejar dr upm nak amik gff kt bkt jalil (siap kena mara sebab lambat lagi tau!) and... 
bila masuk dalam wayang, duduk dengan selesa bersama gff (couple seat lg), tup tup movie yang di pilih, di booking, di excited, adalah movie PALING DISASTER tuk bulan November!! Haram jadah! 

GERAM ! BENGANG! 
ahah. dah beberapa kali kena bodo tgk movie
jadi nak marah pun xboleh
maka kami gelak puas puas, ngeluh kuat kuat
sampai the end of the movie, aisha kata 'Boleh tak saya nak jerit kuat kuat??'
aku kata 'Boleh ecah, plss jerit sambil lari satu panggung ni..'
HAHAHA. kami gelak sama sendri. padahal dalam hati maki sama sendiri. 
padan muka aku kau kita. eheh

Cerita bodo yang kami tonton adalah 'Hisss'..hindustan versi hollywood..
kalau rasa nak buang duit, jemput la tgk cerita ular lucah gila ni
(keje nak bugil jee Mallika Jerawat tu..tau la HOT..)


Maka, berhati hati tgk iklan n poster movie yang baru nak keluar ok!
jangan mudah cair tgk yang hot hot tau tau. HAHA

 

 **hisss stupid la. hoho

HAHA! AHAH! HAHA!

Ha Ha Ha
Bangga jap rasa
Sebab baru celik bijik mata ni
Baru tau mcmn nak masukkan HTML

Dah sebulan blog ini dilahirkan
Barulah tau mana sebenarnya tempat nak taruk benda alah HTML tu
Ngokk.. (nak tanya blogger lain, cm maluuu...)

Maka dengan ini, saya Nasreena Nazruddin akan letak mcm mcm dlm blog ni
HAHA HAHA HAHA ( gelak lagi setann.. eh? )

Tapi,,, tu pun kalau rajin. eheh
Nak wat entry baru pun dah macam malas
Tapi tak boleh begitu kan
Jangan kasi otak malas
Haishhh...

Akanku cuba hiburkan hati dgn entry menarik ok..OK..ok..


Baiklah! tungguu je nanti yep yep!

tata..muah muah.. ngehh

Saturday, November 6, 2010

Welcome.November

dah 6 hari berlalu pd bulan 11
tapi masih xlewat nak 'welcoming' bulan november kn
hmm apa istimewa november?
dia bulan selepas oktober dan sebelum disember
HEHE

saja suka suka buat entry ni
macam dah lama tak update blog ni
sebab macam semak je otak ni
perut sering bermasalah (cirit dan birit silih berganti)
mental sentiasa tak betul (bila masa betul tah)
bilik pun tak terurus (dah mcm anak jantan)

november,,hmm ramai gak kawan ditakdirkan untuk lahir pada bulan ni
antaranya fazir pjg, khalis, fani, farah, eima aji dan ramai lg
sifat dorg mcm sikit manja, suka berkawan, mudah tersentuh (nanti nak masukkan sifat novemberian)

apa apa pun sayang korang la. muah muah



** happy november kawan kawan.


Lagu Jiwa