Sunday, November 14, 2010

Dunia Oh Dunia

Diperhati, dibelek, dihayati, macam macam dah berlaku kat dunia ini kan.
Ada yang baik, buruk, pelik, ngeri, malapetaka dan macam macam lagi la..

Tak takut kah korang? Aku takut....

Takut tak sempat minta maaf kat insan-insan yang wujud dalam hidup aku,
Takut tak sempat taubat kat Allah swt..
Takut tak sempat berbuat baik kat semua umat manusia..
Takut tak sempat berbakti pada mama dan abah..
Takut tak sempat kahwin (hehe, gatal lg tuh!)
Takut mati dalam keadaan ngeri..
Takut Takut Takut..

Tapi, apa apa pun aku redha je bila bila di tarik nyawa..sudah ajal. tapi kalau boleh tak mahu lah dengan bencana alam atau excident. takut laaa..

Nasib diri pun tak tahu lagi..

Apa jadi kat kita10tahun lagi?
Apa jadi kat dunia ni 20tahun lagi?
Bahagia kah kita?
Happy kah kita?
Wallahualam...
Minta semua yang baik baik, sapa mahu yang buruk buruk kan.. ;(

Maka dengan itu, 

Berbuat baiklah pada semua orang..so kita mati tak terseksa. insyallah..
Jadilah anak yang baik dan soleh pada ibubapa..sayangi la mereka..
Jangan busuk, huduh, hitam hati..
Sayang menyayangilah sesama kita yuk!..

Aku cuba untuk jadi anak, sahabat, kawan yang terbaik kepada semua..
tapi malangnya aku insan lemah...sering lupa lalai yang kita ini hidup sementara..
Maaf semua maaf...

Kesian pada mangsa-mangsa bencana alam..sungguh!
Dah la daif, bertambah-tambah daif..
kerana dosa rakyatnya yang lain, satu negeri/negara musnah..

Tapi itu semua pengajaran untuk kita semua kan..
anytime anywhere Tuhan boleh ambil nikmat dunia yg sementara ini..
Tak takut lagi?

Malaysia dah lah antara negara yang kecil dalam peta dunia..
kalau berlaku bencana alam, boleh hilang sekelip mata dalam peta tu..
Haishh..simpang malaikat 44..

"Ini semua duniawi je"...selalu orang kata macam ni kalau kita leka buat sesuatu kan..
Mmg betul...tapi kat dunia ni la kita nak tunjuk syukur atas nikmat kurnia diberikan..
Macam macam cara kita boleh tunjuk, walaupun dengan memberi kucing jalanan yang berkurap tu sedikit makanan..

Aku bukanlah alim..apatah lagi mempunyai ilmu agama dan ketuhanan yang tinggi, tapi aku suka beringat dan ingat diri sndiri..
Nak tolong nasihat, mmg tak pandai. nanti orang kata memandai mandai je..typical thinking, kurang alim tuh tak layak nak beri nasihat. wuwuwuu...

Apa apa pun, dunia seakan semakin menakutkan. Nak pergi mana ya? huhu...


..Salam Dunia..

No comments:

Post a Comment

Lagu Jiwa