Thursday, April 28, 2011

Cantik ke Chantek?

Haaaa. dua-dua sama meaning. ejaan je lain. saja nak bawa entry yang lepas. ehehe.


ok, serius. Cantik itu apa? Subjektif right? Ada objektif x? hahh tipoo lagi.


Bagi aku, cantik itu 'luassss' maksudnya. Luas macamana? Luas seluas luasnya la. 
Sebab ada orang anggap cantik itu bila dia mempunyai ;
kulit yang licin bersih mulus gebu, 
hidung yang mancung, 
bibir yang mungil merah, 
mata yang besar bundar seksi, 
bulu mata yang lentik, 
rambut yang panjang ikal mayang,
body yang mantop, solid, slim
dress up yg uptodate
dan.........sayangnya semua itu aku tak ada pun! but aku still cantikkkk what. (lalalaa. k fine! aku perasan.)


bagi aku pula, cantik ini akan jadi lebih cantik bila orang tu punyai hati, attitude dan keperibadian yang sangat sangat cantik. terserlah kat wajah. biarlah kulit kurang cerah pun, tapi wajah terus nampak bercahaya. haa. nampak? tak guna kau cantik tapi perangai kau hodoh. setuju tak? mesti lah kan.


itu pada pandangan aku la...pandangan korg mcmn?
haa. ni aku nak share pandangan seorang jejaka lak yang aku kenal kat youtube.



lihat,dengar dan ketawakan ini. kelakor! hi hi hi




Haaa. apa macam? dah tukar definisi cantik anda? heee.


ramai peminat tak bermakna kau cantik.
ramai kawan tak bermaksud kau hot.
ramai musuh tak semestinya kau jahat.


pelikkan hidup ini. tak apalah, inilah dinamakan dugaan dan cobaan untuk hidup.


apa-apa pun, jaga kebersihan hati dan diri. baru kita dipandang cantik. ouchh~






cantik.tak.entry.kita.kali.ini? he he he


.muahmuah.

Friday, April 22, 2011

Eja Betul Betul

Aq = Aku
Beas = Best
Sukew = Suka
Apew = Apa
Noe= No
Thankx u = Thank You + Thanks
Happei = Happy
Mes = Message

Ehhh...banyak lagilah ejaan ejaan yang unik lagi ganjil... hehe.
bukan lah mengajar mengeja. tapi kekadang over sangat la ejaan tu. Kekadang saya fikir, ini saja saja ke betul betul tak tahu eja? haha. Gewamm tau (haa kalau yang ini tak apa. HAHA)

Ok lah, kurangkanlah rosakkan ejaan itu. nanti bila exam or kena buat karangan terus terbiasa tulis camtu. tak nampak COOL ok. pelik aneh ajaib. haiyaa. 

Tapi, kalau ejaan tu cam gedik sikit tak apa. tak marah pun (ckp utk diri sendiri). hehe



Jom main Scrabble untuk belajar mengeja. hihi.



**Entri kali ini dapat ilham dari status-status FB kekawan. haiya. pening kekadang baca.=.=


OK. Tak.marah.saja.nak.luah.Muahmuah.

Wednesday, April 20, 2011

Rugi Kalau Tak Hargai.

Bila malam je ilham datang. ilham datang je bila malam.tskk.

Selalu kita dengar "hargai masa", "enjoy life", "bersyukur dgn apa kita ada". 
semua ada maksud tersirat. di keluar dari mulut, ambil dan proses dalam otak, mudah-mudahan dengan izin keluar la apa yang tersirat.

Tapi ! 
Sayangnya. ramai tak hargai. dah hilang baru meraba, menangis, menyesal. dah tak guna kan. betul-betul tak guna.

Rugi kalau kita tak hargai :

-ibu bapa kita yang masih hidup. 
bila dah tak ada, menyesal tak berbakti semasa mereka masih hidup. iya, betul. kekadang kita ada ter 'ahhh' 'uhhh' 'ehh'. tapi kalau bole kurangkanlah. sebab kalau gopren boipren hilang boleh ganti, tapi mak abah bila dah xda?? mana nak cari ganti?? tak ada dah.

-sahabat yang sedia ada. 
susah nak cari kawan sahabat yang sedia ada. boleh masuk kepala kita. standard la gaduh kecil-kecilan. mana boleh BFF without any conflicts. tipoo lah! but, mana yang ada tu, hargailah. yang baru takkan sama dengan yang lama. yang lama, akan kekal lama.

-beloved one.
bukan semua sayang kita. bukan semua boleh terima baik buruk kita. sementara ada yang sudi, appreciate 'he/she'. jangan bila dah tak ada, baru melopongggg. terima baik buruk orang lain baru orang terima baik buruk kita.
-Anugerah dari-Nya
Alhamdulillah dengan apa yang diberikan. anggota badan yang sempurna. ada otak akal fikiran. sihat tubuh badan. rezeki yang diberikan even sedikit or banyak sangat-sangat. orang-orang yang tercipta untuk kita. nafas yang masih panjang. 'cinta' yang melimpah ruah. dan SEMUA nyaaaa! syukur alhamdulillah. jangan dikeji dan mengeji orang lain. sebab itu semua ciptaan-Nya. kita ini pun hanyalah sekadar pinjaman. jangan semua nikmat dah di tarik baru nak menanges.

-MASA
yaa. masa itu sangat penting. untuk tunggu drama Asmara jam 9pm nanti, kita boleh siap lipat baju yang berkumpul dalam bakul, cuci pinggan mangkuk siap kemas lagi supaya esok pagi tak kena bebel dengan mak dan macam-macam lagi. Dari kita tungguuuuuuu dengan pop corn depan tv tanpa buat apa-apa. hehe. yala, kekadang kita penat, itu tak kisah. sebab siang kerja. tapi bagi penganggur educated cam aku ni, rugi laa kan, hehe. 

MALAS = GEMUK. 
ohh jangan malas Nas untuk ikut arahan mama buat kerja rumah. pakej datang dengan exercise ok!

Orang sekeliling buat aku terfikir, terlintas, tercuit dalam hati. 'Kenapalah dia ni', 'apa mendalah dia ni'.
kutuk sana sini dalam status, dlm belog, macam diri CUKUP BAGUS. iya, memang itu privasi masing-masing. ni pun belog aku, suka aku la kan. tapi tak cukup privasi la awak, kalau awak tulis kat status tu and semua friend list awak boleh baca. 

Orang yang perlu di hargai itu, hargailah betul-betul. bukannya hargai or terhegeh ke orang yang tak pernah hargai kita. tolong fikir fikir dan fikir. 

Kalau berjanji, buat betul-betul. jangan sampai orang meluat tak percaya cakap kau dah.
Kalau berkawan, kawan betul-betul. bukan jadi pelepas masa luang lapang kau je.
Kalau buat kerja, buat betul-betul. kasi siap setel semua baru boleh relax.
Kalau berkasih, kasih betul-betul. Jangan nak pilih-pilih kasih.
Kalau boleh, aku nak tulis banyakkk lagi. tapi tanak lah.

OK, ini general. aku tulis secara rambang rawak dan ikut rasa hati aku. apa aku baca, lihat, paham, dengar, fikir. tapi ada kena mengena dengan diri aku sendiri. aku menulis ini bukan nak mengata, tapi sebab kasih dengan semua dan diri sendiri. ingat mengingati. (^^,
kalau ada terasa, bagus. ubah diri jadi lebih baik. hargai hargai dan hargai.jangan dah hilang, baru merangkak meraba cari pengganti. dah terlambat.



**aku kalau boleh nak hargai masa muda dengan vacation, tengok dunia luar, buat semua benda yang di luar jangkaan aku sndiri. beyond my limits. nak belajar macam-macam. tapi sayangnya kewangan masih tak stabil. terhad untuk memenuhi kehendak diri. hurmm. shedih kan. zaman sekarang zaman gila duit! gila kau kalau tak ada duit?

Sunday, April 3, 2011

YOU.Yes! YOU.

Him.
What special about him?
Why him?

This is real.
Real man.
Real attitude.
Realistic.
Reality.

Bukan nak puji atau bangga.
Tapi sekadar nak cerita.

Ok.Only him ;

-Take me for how i am (all my badness and goodness)
-Can stand my 'tsunami' mood
-Can control me
-Care more about me than others
-Be honest with me
-Can be my BF and BFF at the same time
-Can make me laugh out loud. LOL ;)
-Makes me smile when i heard his voice
-Understand me
-Be patient with me
-Made me fall in love... again
-Treat me nicely
-Be a gentleman with me
-sanggup simpan janggut sbb aku suka laki janggut. (tul kan kan?)
-sanggup potong rambut yg tersayang and dah pjg tu sbb aku suruh. Ohhh.
-berjaya pujuk bila mengada aku datang. hehee. suka! ;p
-tempat aku luah rasa marah, suka, sedih, galak, ,gedik, manja bagai....thanks hun :')

Oh chup! bukan semua baik. haha. ada gak ganasnya my bf bff ni. ini dia...

-Suka buat muka garang (macho la tuu)
-Suka marah bila aku degil. bluek!
-Tak suka tunjuk yang dia 'sweet' depan kawan-kawan. takpe. i paham, u ego. hahaaa
-Suka gelak kambing bila aku ada buat foul. Jaga ati konon. haihh.
-Suka buat mimik muka and ngajing kecil kecilan. gewam.
-Jarang puji-memuji ni. bila dia puji, aku plak kasi down. haha. kekadang puji baju, seluar, tudung je. tuan empunya diri tidak di puji. hahaihh.
-Kuat gak bebel nya. lagi-lagi bila aku nak pergi jauh. macam-macam nasihat keluaq. sampai aku tanya 'ni marah ke nasihat?' . hehe. tapi shweet kannn.:D
ok, cukup. nanti kena marah. hehe. tatuttt.

Kenal dah lama. dari sekolah lagi. kekadang tak sangka la boleh "in relationship". 
Awal dulu konon 'adik,akak'. HAHA
Then makin rapat, jadi sahabat sejati (konon-konon). HAHA lagi.
Makin rapat, terpikat pula. ewahh. 

Mesti ramai kata, awal-awal memang la sweeet kan. tunggu la nanti! jeng jeng. keluaq habiss. hmm. Takut tu memang ada. Tapi, kita minta yang baik-baik la ye. insyallah. Sebab aku ini bukan jenis pandai nak bercinta sangat. Suka kawann jek. Itu yang "aku terima kau" tu dulu. hehe. sebab dulu kami kawan,sahabat. aku tahu baik buruk dia and boleh terima seadanya, and alhamdulillah setakat ini dia pun tahu baik buruk aku n boleh terima seadanya. thanks again hun. :)

Okla. saja je bermood jiwa jiwa malam ini. tak pernah buat entry untuk dia. 
So dear, this entry is especially made for u. ;)

My hope is, 
hubungan kita ini sentiasa happy, ceria, fun, full with LOVE dan KEKAL ke jinjang pelamin dan juga ke akhir hayat kita. AMIN (cpt amin sekali!). Oh! segala pahit manis, meh kita lalui sama-sama eh laling!
Sharing is loving izzit. ouhhoo. 

Opss. Hope jangan ada yg meluat nak muntah sbb inikan belog aku. Sukati aku laaalalala. haha.

Jap, nak selit sekeping gambar edit kami sebab dia dapat gf yg kreatif. Haih, beruntungnya dia kan. isk isk. Kahkah.

US
"U COMPLETE ME" by Mr.Erroth to Ms.Nasnaz  :')


**ok ok. ilovehim. thats for sure coz helovemetoo. hehe. gedik gedik.

tanak gedik dah. so till then. babai tata dadaa.



p/s: malu, segan sebenarnya nak buat entry ini. tapi mood itu datang tiba-tiba. SEKIAN.


(^^,)


Thursday, March 31, 2011

Broga Hill !

Broga Hill? 
hah! Sudah ku tawan dengan mudah! haha.
Nak semputtttttt! berapa kali aku cuba tidak maki diri sendiri time mendaki tu.
haha. konon konon nak be positive la, 
tapi alhamdulillah, aku dan sahabat semua berjaya sampai ke puncak Broga Hill tanpa masalah. U roxx guys !!!

Ok, kisahnya terjadi pada 20.3.2011
jam 5.30 am kami dah berkumpul di bawah Blok MSN
awal-awal tu macam-macam lah plan nya.
Pukul 6 am la, 6.30 la, 5 la, 4 la...haha.
last-last our organizer Cik Aisha J's buat keputusan 5.30am gerak!
Ok, Good! baru tak gaduh. hehe

Ekspedisi ini diikuti seramai 12orang. 4lelaki, 8perempuan. Yeahh Girl Powerrr! 
Semua baguss. berdikari, tak gedik mengada pun. hehe. yelah atlet kan. 
Eima je bukan atlet, but still! gadis lasak OK. kalah lelakinya. hehe

Sunday = Weekend = Ramai nya manusiaaa! 
Kitorang sampai pun dah ramai dok menapak ke atas. dengan gelap, sejuk, tinggi. huihh. experience la. Best!

Ok lah, banyak bebel tak guna kalau tak ada pic sebagai pencuci mata kan. 

Ayuh! kita lihat kenangan kami di Broga Hill ! oh yeahh!

KISAH KAMI

pagi yang gelap, kini sudah ceroh.
























HAHA! last pic, semua xsaba nk balikkkkk!

**pic have been chosen randomly. mana yg xmasuk amo mara2 eh. ;)


ahli-ahli yang terlibat adalah my love erroth, jana, aisha, tasha, atin, fani, eimajie, ajiema, pejey, latip. 


OK, next trip guys! tunggu kedatangan ku ke KL. jangan pergi tanpa ku. hehe. (budget ko PM?)




enjoy.friends.love

Gadis Gigi Besi #2

ehem. ehem

dah lama dah service besi di gigi ku ini.
cuma baru ada mood mahu berbelog. hehee

ok. 18.3.2011 ritu genap la sebulan aku pakai braces ni
tak banyak perubahan yang ketara nampak.
kawan kawan kata dah nampak gigi ada perubahan tempat duduk.
selagi aku tak nampak satu batang gigi yang degil itu berubah, maka bagiku masih tiada perubahan. haha

kali ini aku tukar warna getah purple and hijau. 
on the way ke sana aku asyik fikir je nak buat warna apa
dari dalam kereta, dalam tren, tengah jalan, tengah duduk, tengah tunggu turn, aku fikirrrrrr je.
sampai lah kakak nurse ini datang and tanya
"cik Nasreena, sila pilih warna kesukaan anda' (dialog rekaan)
ingatkan banyak sangat, sikit je pilihan di beri, maka aku nampak cantik nye warna light purple n striking green ini. so aku pun pilih laa.

bila dah pasang, ada penyesalan juga. bukan sebab xcantik matching color tp sebab x seperti ku sangka.
ku sangkakan selang seli warna nya, tapi kerana gigi yang masih mentah dan bersepah, maka ia jadi lain rupa sikit. hehe

sakit?
hmm tak jugak. aku tunggu juga nak sakit tu, sebab harap boleh la kurus kan. tapi, haramm. nafsu makan seperti sediakala. haha. cett!

tapi, still tak bole gigit dengan rakus makanan yang keras la. kena potong halus halus.

so, pengajarannya lepas ini buat satu color je. dah nak lurus barisan giginya barulah buat color warna warni

oh, satu nasihat bagi pemakai braces, sila pilih warna striking or gelap kerana makanan di Malaysia ini kaya dengan penggunaan kunyit, tempoyak, kari. So, jika buat warna light2 ni, ia akan merubah color getah itu dalam masa yang terdekat. OK? Get it? Goood! (pengalaman sendiri. hee)


  
nahhh. lihat lah dunia. gigi ku yang 'tak terurus' lagi.
tantek kan color dia. hehe


next appointment will be on 22nd April 2011. ok, sila buat keputusan tepat ye cik Nasreena.

Enjoice ur day dearest.



LOVElove.

Tuesday, March 15, 2011

Dan Bila Rasa Itu.....

Bila rasa itu datang...
Bila rasa itu mengganggu...
Bila rasa itu tak di undang...
Bila rasa itu tak mahu pergi...
Sakit dan perit nak simpan...
Tak tahu nak luah dimana, kemana dan kepada siapa...

Rasa ini bukanlah rasa jiwang..
Tapi rasa ini adalah rahsia hati..
Rahsia yang sukar dilafazkan..
Rahsia yang sukar digambarkan..
Kerana ia hadir tiba-tiba..

Rasa itu mungkin rasa manis, masin, pahit..
Tapi ia tetap punya rasa..

Apakah rasa itu? 
Hah..Semua orang akan rasa...

Apa yang aku rasa?
Oh..biarlah ia menjadi rahsia aku..
Sebab dalam manis rasa ini, pahit juga aku rasa..

Pengalaman dan kenangan dalam jurnal kehidupan buatkan rasa ini datang tanpa diundang...

Rasa ini akan datang bila kita berjauhan,
Bila kita kehilangan,
Bila kita keseorangan,
Bila kita kesepian.......

Hargai dan penuhilah hari-hari yang mendatang dengan rasa-rasa manis...
Kerana ia tak mungkin datang kembali...serius! 

Bila rasa ini akan hilang?
Bila masa berlalu, bila waktu berdetik...

Ahhh. jgn salah faham. sekali lagi, ini bukan rasa jiwang semata-mata...



Enjoicee! Dunia semakin huru hara. Amal jgn lupa.


**Miss my dear friendssss !

Lagu Jiwa